Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Tuesday, November 30, 2010

CINTA

“Abang, temankan  saya ke pasar sekejap boleh, ada barang dapur sikit yang saya nak beli.” Beritahu isteri yang berada di dapur kepada suaminya. Dengan segera suami menjawab “boleh sayang”, ketika itu suami sedang baring di ruang tamu, suami baru sahaja hendak tidur kerana penat tidak hilang lagi selepas balik dari kerja. Tapi demi isterinya, suami turutkan permintaan isteri yang memintanya menghantar ke pasar. Kalau hendak di ikutkan penat badannya mahu saja dia membiarkan panggilan isterinya itu. Mahu saja dia tidur di sofa yang empuk itu. Suami mengenangkan isterinya yang sedang mengandung 7 bulan itu tidak pernah mengabaikan makan minum dan pakainya. Semuanya dilakukan oleh isterinya dengan sebaik-baiknya tanpa perlu di arah olehnya. Setiap kali pulang dari tempat kerja si isteri pasti menyambut kepulangan si suami dengan senyuman dan dengan sendirinya menyediakan air untuk suami tanpa diminta suami. Yang lebih mengagumkan suami, isterinya yang sedang mengandung anak sulong mereka ini membancuh air teh dan kadang kala air oren. Bukan air kosong yang diberikan kepada suaminya. Setiap apa yang di minta oleh suami pasti diturutkan sahaja oleh isteri tanpa sebarang bantahan, begitu juga dengan suami yang sentiasa memenuhi permintaan isterinya.

Apakah yang mendorong mereka saling memenuhi permintaan tidak kira suami yang meminta mahupun isteri yang meminta? Apa yang menyebabkan si isteri ringan menyediakan pakai makan dan minum suami? Pendorong mereka ialah CINTA. CINTA mereka kepada Allah yang diletakkan teratas dalam diri masing-masing.

CINTA ini menjadikan segala tanggungjawab dilaksanakan dengan rasa tenang dan terasa ringan malah setiap yang dilakukan terasa begitu manis sekali. Begitulah rumah tangga yang didasarkan kepada CINTA yang hakiki. Suami menganggap isteri sebagai satu anugerah Allah kepadanya dan merupakan amanah yang besar baginya. Manakala isteri tahu tanggungjawabnya pada suami di mana dia mesti taat dan patuh pada suaminya. Cinta kepada Allah menjadikan mereka percaya segala ketentuanNya termasuklah dengan jodoh ini. Mereka percaya Allah telah menemukan mereka sebagai suami dan isteri, dan mereka di pertemukan kerana mereka adalah pasangan yang paling sesuai. Tidak ada lelaki lain yang lebih baik untuk si isteri dan tidak ada perempuan lain yang lebih baik untuk si suami, melainkan apa yang mereka miliki sekarang.

Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita. Semoga dengan pegangngan CINTA ini kita melaksanakan segala kewajipan kita sebagai hamba dengan sepenuh hati dan perasaan kita, dengan rasa senang dan ringan untuk melaksanakannya. Dengan perasaan CINTA ini, kita harapkan kita tidak terus terlupa untuk mengingati DIA. Kerana CINTA ini jugalah, kita mampu melaksanakan segala tuntutanNya dan menjauhi segala laranganNya. Pasti terbentuk pagar yang mengelakkan kita daripada terkeluar dari kawasan yang sepatutnya kita diami. Kawasan yang kita diami, iaitu Islam yang sejati, menjadi muslim yang asli. InsyaAllah.

Monday, November 29, 2010

TV AlHijrah

AlHijrah stesen tv berkonsepkan Islam

TVAlhijrah

Baru-baru ini sy ada terbaca kisah stesen TV AlHijrah ne di surat khabar.  Mula2 sblm baca 2 sy rasa pelik jugak tgk tajuknya “TV AlHijrah”. Sy pun terus baca isi kandungan berita 2. Rupa2nya berita ne nak inform kat seluruh rakyat Malaysia bahawa x lama lagi kita akan dapat menonton sebuah stesen televisyen yang berkonsepkan keagamaan iaitu merujuk kepada agama Islam. Alhamdulillah gembira bila dapat tau berita ne. TV AlHijrah ne bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada 7 Disember ini. Menurut kata salah seorang orang kuat TV AlHijrah ne, tv ne akan menyiarkan rcngan berkonsepkan bual bicara, majalah, dokumentari dan ada juga berita. Selain 2 ada slot yang dibahagikan kepada segmen muhasabah, tazkirah dan tazkirah jalanan. Setiap segmen panjagnya 5-10 minit dan akan diulang tayang tidak kurang dari 20 kali setiap hari dan stiap hari bahan yang disiarkan akan ditukar ganti.

Mencari siaran AlHijrah
  • Saluran dipancarkan secara percuma. Orang ramai boleh membuat pencarian saluran ini apabila siaran ujiannya mula dipancarkan 1 november lepas.
  • Pengurusan stesen ini juga sdg brnding dgn pihak Astro untuk mndptkan saluran dalam Astro (sy xda astro T_____T  , harap2 sy dpt cari siarannya nt)
  • Cara untuk mendapatkan siaran AlHijrah amat mudah dan panduan untuk mendapat siarannya akan disiarkan di akhbar2 dan radio2 tmpatan.
  • AlHijrah jga boleh di ikuti melalui laman sesawang www.tvalhijrah.com ke seluruh dunia. (naseb baik leh tgk kat internet..he)
Bagus juga kalau ada stesen tv mcm ne. sekurang2nya boleh membantu kita semua untuk memahami Islam dengan lebih mendalam, InsyaAllah. Harap stesen tv ne akan terus bersiaran dengn sgt2 berjaya. 

Sunday, November 28, 2010

Batas Pergaulan

Apakah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan?
Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti yang digariskan dalam Islam, antaranya:

Menahan pandangan kedua belah pihak iaitu tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak lama memandang tanpa ada keperluan.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka…(an-Nur: 30-31)

Wanita harus memakai pakaian yang sopan sebagaimana yang dituntut oleh syarak, iaitu menutup seluruh tubuh badan selain muka dan tapak tangannya. Pakaian yang tidak terlalu nipis, jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya…(an-Nur: 31)
Diriwayatkan  oleh beberapa sahabat bahawa perhiasan yang harus diperlihatkan oleh wanita dalam urusan hariannya ialah muka dan dua tapak tangannya.
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaian-pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani. (al-Ahzab: 59)

Mematuhi adab-adab wanita ketika berhadapan dengan lelaki.

a.      Dari segi pertuturan, tidak boleh menggunakan perkataan yang merayu-rayu dan membangkitkan rangsangan. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing), kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada  penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (al-Azhab: 32)
b.      Daripada segi perbuatan, tidak menarik perhatian umum. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: …dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah swt, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya. (an-Nur: 31)
c.       Dari segi pergerakan, jangan berjalan berlenggang-lenggok, sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis yang bermaksud: (iaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati laki-laki cenderung kepada kerosakan (kemaksiatan). (riwayat Ahmad dan Muslim)

Dilarang memakai bau-bauan yang harum dan memakai warna-warna yang boleh menarik perhatian selain daripada Suaminya.

Jangan berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan tanpa disertai mahram.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud: Tidaklah boleh seseorang lelaki berkhalwat (bersunyi-sunyi dan bersendiri) dengan seorang wanita, kecuali bila bersama lelaki (yang merupakan) mahramnya. (riwayat Bukhari)

Sumber dari Mega Agama (Utusan Malaysia)

Saturday, November 27, 2010

Istiqamah

Teruskanlah sesuatu yang baik itu, teruskanlah mengerjakannya. Sesungguhnya Allah suka pada hambaNya yang berterusan dalam melakukan sesuatu yang baik. Bersabarlah dalam melakukan sesuatu yang baik, kerjakanlah perkara yang baik itu bersungguh-sungguh, pasti kamu akan berjaya.

Jauhilah sesuatu yang tidak berfaedah, jauhkanlah hal yang tidak berguna itu daripada dirimu. Berdoalah agar diri dijauhkan daripada sesuatu yang tidak baik. Peliharalah diri dari melakukan perkara yang sia-sia. Sayangilah diri kamu, sepertimana Allah menyayangi kamu.

Friday, November 26, 2010

insan AGUNG

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi..seorang wanita sedang berada di dapur, kelihatan wanita itu sedang duduk di meja makan. Sarapan pagi sudah siap disediakan, dapur kelihatan kemas, dan pinggan mangkuk tersusun rapi. Semua kerja rumah dilakukan selepas sahaja solat subuh. Sedang wanita itu duduk di meja makan, masuk seorang budak lelaki sambil memanggilnya dengan berkata “ibu, ibu sudah siapkah sarapan pagi?”… terkejut wanita itu bila anaknya memanggil namanya, sedangkan ketika itu dia tengah mengelamun agak lama. Sambil tersenyum wanita itu menjawab “sudah siap amin, anak ibu da lapar ya?” Budak lelaki itu duduk di kerusi meja makan sambil memandang tudung saji, kemudian berkata “a’ah ibu” pendek saja jawapan yang diberikan. Wanita itu membuka tudung saji, kelihatan 2 jenis kueh mueh dan semangkuk besar mee goreng serta satu jug air teh. Wanita itu menyuruh amin memanggil abang ,kakak dan juga ayah untuk bersama-sama bersarapan dengan dia dan amin. Dengan sekali sahaja ibunya menyuruh, segera amin bangun dari kerusi dan terus pergi mendapatkan abang, kakak dan juga ayahnya. Tidak lama kemudian mereka semua datang ke dapur, wanita itu melihat wajah abang yang baru sahaja bangun tidur, kakak pula sudah siap mandi, nampak ceria wajahnya hendak bersarapan. Suaminya pula masih berkain pelikat datang dalam keadaan ceria sambil memandang wajah anak-anak hasil perkongsiannya dengan wanita itu. mereka semua pun duduk di meja makan. Kemudian ayah berkata dalam nada bergurau kepada anak-anaknya “sapa yang tak mandi lagi pagi ne? tak boleh makan sama-sama”. Abang yang belum mandi terasa dengan pantas menjawab “ayah pun tak mandi lagi, tengok tu masih berkain pelikat”. Kemudian mereka semua ketawa kerana gelagat abang dan ayah. Begitulah suasana keluarga wanita itu ketika makan bersama tidak kira makan pagi, tengahari ataupun malam.  Jika semua ahli keluarga ada di rumah, mereka pasti akan makan bersama-sama. Lagi-lagi pula hari minggu dan ketika cuti sekolah.

Sebagai isteri dan ibu, wanita itu tidak pernah merasa lelah dalam melakukan kerja rumah setiap hari. Wanita itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menyediakan makan dan minum untuk suami dan anak-anak. Setiap waktu, makanan pasti disiapkan tepat pada waktunya. Tidak pernah sekali pun suami dan anak-anak terlewat untuk makan sama ada pagi, tengahari mahupun makan malam.

Pakaian suami pula pasti di gosok sebelum suami pergi bekerja, bagi wanita itu memang tanggungjawabnya untuk menjaga pakai suaminya supaya sentiasa kemas dan tidak perlu suaminya menggosok  baju sendiri untuk pergi bekerja. Wanita itu mahu memastikan suaminya sentiasa dalam keadaan bersedia sebelum pergi bekerja. Wanita itu memahami tugas suami yang setiap hari keluar menjalankan tugas untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga, untuk anak-anak.

Kesemua anak-anak yang masih bersekolah tidak pernah wanita itu lupa, setiap pakaian sekolah di gosok dan belanja sekolah anak-anak diberikan sebelum anak-anak pergi ke sekolah. Pesan wanita itu kepada anak-anak setiap kali mereka hendak keluar rumah ke sekolah agar belajar bersungguh-sungguh supaya nanti boleh menjadi orang berjaya dan pesannya lagi agar anak-anaknya menjaga diri baik-baik. Wanita itu pasti akan berkata “ibu sayang kamu” kepada anak-anaknya sebelum mereka keluar rumah ke sekolah atau keluar bermain. Dan ketika anak-anak di sekolah, wanita itu sentiasa memikirkan tentang anak-anaknya sehinggalah anak-anaknya pulang dari sekolah.

Di dalam doa wanita itu setiap kali selesai solat ialah untuk suami dan anak-anaknya. Wanita itu selalu mendoakan kebahagian keluarganya dan mendoakan kesihatan suami dan juga anak-anaknya serta dipanjangkan umur suami dan anak-anaknya. Dalam hati wanita itu mahu keluarganya sentiasa berada di bawah Rahmat illahi dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. Wanita itu selalu mendoakan agar anak-anaknya menjadi  anak-anak yang baik dan taat pada agama. Harapan wanita itu agar anak-anaknya boleh menjadi manusia yang berguna pada agama dan masyarakat suatu masa nanti.

Sesekali sakit dan demam datang menguji wanita itu. Tapi dia cekal dan teguh menjadi pekerja yang setia menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah kepadanya di rumah. Biarpun sesekali pening kepala datang, makan minum dan pakaian suami dan anak-anak tetap dijaga dengan baik. Biarpun kadang-kadang anak-anak banyak menguji tambahan ketika dia demam, namun dia tetap bersabar dan tetap meneruskan tugasnya sebagai suri rumah sepenuh masa. Baginya amanah yang diberikan lebih besar dari dirinya, sebab dirinya yang demam dan sakit boleh sembuh, tetapi kalau amanah dan tanggungjawab yang diberikan tidak dijalankan dengan baik, dia sudah melanggar amanah yang diberikan padanya.

Wanita itu seorang isteri dan ibu.. setiap manusia dilahirkan oleh ibu. Termasuklah kita, kita dilahirkan oleh insan agung ini, dalam hidup kita tidak ada 2 atau 3 insan agung yang melahirkan kita. Tetapi hanya seorang manusia yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan kemudian melahirkan kita iaitu ibu kita. Ya Allah, syukur kita ada seorang ibu yang pernah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dalam keadaan yang kadang-kadang menyakitkan. Tetapi ibu tidak kisah sakit yang ibu hadapi ketika mengandungkan anak ibu, yang penting ibu dapat melihat anak ibu lahir dalam keadaan yang baik dan membesar dengan sihat. Seperti yang kita tahu, Nabi Adam dan Hawa tidak mempunyai ibu dan ayah. Nabi Adam dijadikan daripada tanah manakala Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Nabi Adam. Merekalah manusia pertama yang diciptakan Allah, dan dari merekalah wujudnya manusia-manusia pada hari ini.

Dari kisah di atas kita dapat lihat betapa besar jasa dan pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kewajipan bagi kita semua untuk mentaati ibu dan bapa kita kerana tidak masuk syurga bagi anak-anak yang menderhakai ibu dan bapa. Sebagai anak lelaki tanggungjawab kita adalah kepada ibu kita yang paling utama. Bagi lelaki yang sudah berkahwin, mesti mendahulukan ibunya daripada isterinya.

Sementara ibu kita masih ada di dunia ini, ingatilah dia dimana jasa dan pengorbanannya yang cukup besar untuk membesar dan mendidik kita. Tanpa ibu mungkin hidup kita terabai tanpa kasih sayang dari seorang ibu. Begitulah juga kepada bapa yang mana banyak berkorban demi menyiapkan anak-anak dari segi perbelanjaan, pakaian, kasih sayang dan sebagainya.

Beruntunglah wanita yang menjaga kemaluannya, menjaga solat, berpuasa di bulan Ramadan dan taat pada suami kerana ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi. Dia boleh pilih mana-mana pintu yang dia suka untuk masuk ke syurga.

Thursday, November 25, 2010

Jalan

***
“Eh apa yang berlaku kat saya ne?” Tetiba bercahaya plak ne, silaunya.. “Saya kat mane ne?” Saya nak nangis la.. “Huaa huaaaa…”. Ohh saya dah keluar rupenya. Leganya saya, selamat juga saya keluar ne. Akhirnya dapat juga saya melihat dunia. “Oh 2 abah saya ke?”. “Hii abah”. Eh silap lak, tu doktor la..alamak malu saya. Ha 2 barulah abah saya, “hai abah”. Hensemnye abah saya ne.. “Mane mak saya?”  oh tu mak tengah baring, berpeluh2 mak saya. “Mak penat ye?” mak saya tembam sket. Ne mesti sebab saya dia jadi tembam, saya suh dia makan banyak time ngandungkan saya. Tahniah mak sebab menembamkan diri untuk saya.

***
“Oh 2 tak boleh pegang”.  “Oh yang ne tak boleh makan”.  “Yang ne mak?” Sambil tunjuk ngan jari. “Yang ne boleh pegang dan boleh makan”. “Oh ye ke mak”. Baru saya tahu, banyak perkara baru saya blaja. Bestnya kalau dapat pijak tanah. Dah 3 tahun, tp tak pernah pijak tanah lagi. Bila kat luar mesti kena dukung. Dan akhirnya dapat jugak saya pijak tanah, dapat lari-lari dan mesti mak tak dapat kejar. “Ha mak pegang burung?” “ Ye ke ada burung pipit lam tangan mak?” Excitednya nak tengok.. alamak taktik je nak tangkap saya bawak masuk lam umah. Tertipu saya..

***
“OooOOo jus…”. “ Saya jalan dulu”. Terer betul saya, dah boleh buat menara klcc dah ne daun terup saya menang hari ne..(mode gembira) tp 5 minit je. Pastu kantoi ngan cikgu kelas. Habis harta kekayaan negara saya hari 2 kena rampas. “Baik cikgu, kami janji takkan buat lagi”. Insap saya kena ceramah. Kat sekolah saya suka matematik, campur tolak bahagi darab cap ayam je kalau suh saya buat. 4 tambah 5? Jawapannya 9….. 1 darab 4? Saya tahu jawapannya 4….. 6 bahagi 2?, haha kacang mestilah 3….. 1 tolak 1? mestilah 1 jatuh sebab kena tolak.

***
Abah cakap jangan kawan dengan kawan yang salah. Pilih kawan yang baik sebab bila kawan ngan kawan yang baik, kita akan jadi baik, kalau berkawan ngan kawan yang tak senonoh kita pun sama macam kawan kita tu. Mak cakap, masa dekat rumah baca buku, nanti senang je nak jawab exam. SPM saya pun da tak lama, ari-ari mak  suruh saya baca buku. Sambil duduk boleh baca buku, sambil baring pun boleh baca buku. Kata mak “Kawan mak masa dulu rajin, sekarang dah jadi cikgu, ish rajin dia baca buku, dia baca buku sambil baring alaskan kelapa, bila tertidur tergolek la kelapa, pastu dia sedar dan sambung baca lagi, nampak tak usaha dia nak dapatkan ilmu?” “Nampak mak”.  Saya pun nak buat, baring kat kerusi sambil baca buku beralaskan bantal..kompem tak tergolek leh mimpi indah..hehe

***
Masa remaja ne kena pandai bawa diri, nak kata fikiran dah matang tak juga, baru nak matang sikit. Kadang-kadang rasa gembira dan kadang-kadang sedih. Pesan mak dan abah saya selalu ingat, tapi kadang-kadang saya lupa. Ada yang tak kena dengan saya. Orang cakap masa muda la kita nak beramal, sebelum kita tua. Macam lagu nasyid Raihan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, iaitu, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, dan hidup sebelum mati.

***
Tanggungjawab makin bertambah, saya ada isteri. Anak-anak tanggungjawab dan amanah dari Allah pada saya dan juga isteri. Tanggungjawab saya ialah pada isteri, anak-anak, dan ibu saya. Memberi nafkah pada keluarga merupakan tanggungjawab saya, bermakna tempat kerja juga tanggungjawab saya. Tambahan kalau kerja saya berkaitan dengan masyarakat, kalau saya polis, bomba ke, doktor ke, tanggungjawab saya pada orang ramai yang memerlukan. Keseimbangan perlu, antara dunia dan akhirat. Harap-harap saya dapat memberikan perhatian pada dunia agar memberi cahaya di akhirat kelak.

***
“Mestilah putih, kan atuk dah tua, nanti kalau along dah tua, rambut mesti macam atuk”. Saya dah ada cucu, cucu-cucu pulak sesetengah dah bekerja. Maknanya dah tua sangat dah saya ne. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan nikmat pinjaman nyawa sehingga dapat melihat cucu-cucu membesar. Selama hidup ini banyak kali melupakan Dia. Banyak kali saya jatuh. Kemudian Dia bangunkan semula saya dengan petunjuk-petunjukNya. Di mana masa hidup saya gunakan? Kalau dah ada cucu ne, bak kata orang “kubur kata mari, rumah kata pergi”.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia hanyalah pinjaman semata-mata sebelum berada di alam akhirat yang kekal abadi. Seterusnya jalan yang harus ditempuhi ialah alam kubur, kemudian dibangkitkan di padang Masyar, dan akhir ialah penentuan ke syurga atau neraka.

Wednesday, November 10, 2010

Miss U

Assalamualaikum..Alhamdulillah..syukur dengan nikmat kurnianNya sehingga ke saat ini.
Title mcm jiwang je bunyinya.he. tp bukan ya para pembaca sekalian. title ne merujuk kpda dri si penulis yg nak balik kmpg esok. dimana segala bebanan yg dtanggung slma satu sem telah pun berakhir, dengan itu sy isytiharkan dri sy merdeka..hehe. tp merdeka buat sementara waktu je, sb pasne kena g practical pulak.hehe. rindu dengan sahabat2 terutamanya rkn seperjuangan yg slalu bsama dari mula shga saat ini. bertuah dpt kenal ngan sahabat2 semua. InsyaAllah kita jumpa lagi nt..Amin. rindu dengan brothers yg slalu jumpa malam2 kat blok sebelah.. buat sahabat2 n mereka semua, InsyaAllah ad jodoh kita akan bertemu semula next sem ya. :)

condition: tgn lenguh..sb bowling n kayak..hehe

Saturday, November 6, 2010

Ya aku CINTA ALLAH

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ....... 
  
Mungkin malam JUMAAT? 
  
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? 

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian... 

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 

Ya aku CINTA ALLAH 
  
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 

DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 



Notes: Sesungguhnya ada manusia yang TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 

Sesungguhnya ada manusia yang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN.






sumber asal  Muhammad Azri

waras menolak lalai

"lalai" bukan berpunca dari hatimu

hati kamu adalah raja dalam kerajaan diri

apa watak akal dalam kerajaan diri?

akal kamu yang tidak boleh pegang kerajaan diri

keselarian pertama: biar hati yang memimpin akal kamu

keselarian kedua: jangan biarkan akal yang memimpin hati kamu

keselarian ketiga: sebaiknya biar hati selari dengan akalmu

supaya akal dikawal hati untuk memikir

barulah akal yang memikir itu waras

kerana perhatian yang diberikan oleh hati untuk akalmu

jadi sama sekali tidak akan menghancurkan kamu

malah memimpin kamu kearah "waras"

Thursday, November 4, 2010

Hijrah

Assalamualaikum. Alhamdulillah, mlm ne dpt jga mengisi ruang yg masih kosong lam blog ne. agak lma jga x menaip ne. bila da ad peluang dan ad sedikit masa, elok gunakan sebaik2nya, bila da sibuk nt mmg xda masa nak buat pengisian di sini. ibarat pepatah melayu ad menyebut" masa itu emas". kenapa pepatah melayu menyebut masa itu emas?? jwpn yg kurg tepat dari sy, mgkn sb msa yg berlalu pasti takkan kembali lagi, setiap saat yg berlalu xkan dpt kita ulang kembali. tp kdg2 sy ne pun lalai jugak.hehe. insyaAllah mahu hijrah dengan mengisi masa dengan perkara yg berfaedah d masa dpan. setiap hari klu kita niat buat sesuatu yg baik, ianya merupakan hijrah. hijrah 2 ap?? "hijrah itu perjuangan" bak lirik lagu Maal Hijrah. dalam konteks perkataan hijrah, ianya membawa maksud yang berbagai seperti berpindah dari satu tmpt ke tempat yg lain dan ia juga boleh membawa maksud perpindahan bersifat kejiwaan, kerohanian dan sebagainya. mari kita imbas kembali pada peristiwa penghijrahan yang teragung iaitu melbtkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah. penghijrahan baginda Nabi Muhammad dan para sahabat merupakan sesuatu yg amat berat yg terpaksa mereka tanggung. penghijrahan ini semata2 untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. ketulusan hati mereka ini telah dirakamkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya yg bermaksud :

'…(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.' (Surah al-Hasyr : 8)

penghijrahan baginda bukanlah kerana Baginda takut atau mahu lari dari ancaman kafir quraisy.tetapi penghijrahan ke Madinah adalah bertujuan mencari kekuatan ummah dan menghindarkan daripada permusuhan yang sengaja diada2kan demi kepentingan golongan tertentu di kalangan pemimpin Quraisy. Falsafah yang tersirat di sebalik hijrah amat banyak dan inilah yang sebenarnya yang memberikan kekuatan kepada umat Islam serta memastikan kelangsungan sebuah perjuangan menegakkan syariat Islam yang memerlukan wawasan dan perancangan yang teliti. dan penghijrahan ini menjadi satu titik tolak pada penyebaran islam ke seluruh pelusuk dunia pada hari ini. begitu hebat perjuangan yg telah dilakukan oleh Baginda dan para sahabat demi agama Islam. 

hijrah yg mereka lakukan memberikan makna yang besar pada kita semua sbgai umat Islam. kisah mereka ini kita boleh jadikan sbgai iktibar untuk menjadikan kita lebih sabar n tabah dlm menjalani kehidupan seharian. adakalanya kita ditimpa dgn musibah, dan hendaklah kita sentiasa mengingatiNya. mgkn dugaan yg kita lalui adlah ujian dariNya, untuk menjadikan kita lebih kuat. selain dari itu, dari dugaan yg kita hadapi itu, darjat kita diangkat lbh tgi lagi olehNya. dugaan yg kita hadapi bersesuaian dgn iman kita, smkn tgi iman kita maka smkn besar dugaan yg diterima. jika lemah iman kita, maka ringan dugaan yg diterima. ini kerana Allah tidak akan membebankan manusia dgn perkara yg dia tidak mampu hadapi dan tanggungi.

berbalik pada hijrah, hijrah dari sesuatu yg tidak baik kepada yg baik amat dituntut dalam Islam. kita dianjurkan untuk melakukan sesuatu yg baik setiap hari. kita ditegah daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dgn agama. setiap perkara yang kecil sama ada baik ataupun buruk, pasti akan di hisabkan kelak. penghijrahan semestinya memerlukan pengorbanan, tp pengorbanan yg dilakukan itu sebnarnya manis biarpun mgkn pahit yg kita hadapi. manis yg kita inginkan ini mgkn mnjadikan diri kita lbh kuat. dan kita mstilah yakin akan kehidupan yg kekal abadi di sana nt, itulah merupakan kemanisan dan kebahagian yg sebenar. smga kita sm2 cuba melakukan sesuatu yg baik setiap hari dan menjauhi pkara2 yang ditegah. InsyaAllah(^  ^). apa yang baik itu dtg dari Allah, apa yang lemah itu dtg dari diri ini.