Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Monday, January 17, 2011

Dosa mengumpat










ps : Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.








ps1: kadangkala kita ada mengatakan tentang keburukan orang lain dalam keadaan kita sedar mahupun tidak, perkara ne nampak seolah2 tidak berat, tapi betapa besar kesalahan yang dilalukan jika kita mengatakan tentang keburukan orang lain.
ps2: semoga kita sama2 perbaiki diri kita, InsyaAllah.
ps3: idea asal dari video dari fb.

6 comments:

Aanis Alexis said...

sama2 kite p'baiki diri kite...

Diari seorang Muslim said...

insyallah =)

anep said...

Aanis dan Kiko : takut bila pernah buat dulu. da berapa orang kita umpat. ish ish. sedih plak.

ya, yg pntg perbaiki dengan tidak mengulangi pkra yg sama.

Kelbros said...

suka dgn kartun tuh. Masej nya sampai kepada pembaca. tambahan plak, watak yg di umpat tu kebetulan adalah nama aku. hehe but its a nice entry. keep a good work bro!

anep said...

trima ksh Kelbros ya. hehe.

Muhamad said...

mengumapt ibarat memakan darah daging sendiri.....