Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Thursday, March 31, 2011

seorang adik di surau


























ps: adik 2 sebenarnya dah besar, sy rasa dalam lingkungan umur budak2 sekolah menengah. walaupun dia dah besar, tp tahap pemikiran dia macam kanak2. mksd sy, mungkin IQ dia rendah.
ps2: dia selalu hadir ke surau di kawasan rumah sy. walaupun dia ne macam 2, tpi rajin je dtg solat berjemaah. 
ps3: bila tengok adik 2, kadang2 mengingatkan sy pada Allah. kejadian Allah dan di sebalik setiap kejadianNya ada hikmah. sedangkan adik 2 yg tidak sempurna seperti kita, tetap mengingati akan Pencipta nya, juga Pencipta kita. kita yang sempurna akal ne, sepatutnya berasa malu setelah dikurniakan akal yang sihat, masih tidak mahu memikirkan dan mengingati Pencipta kita. Nauzubillah.
ps4: InsyaAllah. mana yg silap sila tegur ya.

Friday, March 25, 2011

Prasangka

1)





2)





3)








ps: Islam melarang umatnya bersangka buruk sesama manusia.
ps2: Berprasangka sesuatu yang tidak baik terhadap sesama manusia merupakan satu penyakit hati. Tapi kalau berprasangka sesuatu yang baik, ia tidak menjadi suatu kesalahan.

ps3: Doakan saya beroleh kejayaan dalam setiap apa yg sy lakukan.
Ps4: InsyaAllah.

Thursday, March 17, 2011

Zikrullah













Zikir merupakan cara untuk kita mendekatkan diri pada Allah. selain itu, terdapat banyak hikmah lain jika kita selalu berzikir.

Hikmah Zikir: (sumber dari Asrul-az.blogspot.com)

Firman Allah S.W.T maksudnya
Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
( al-Ahzab 35 )

Dari Rasulullah S.A.W , 
Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”
( H.R Muslim)

  • Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  • Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  • Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  • Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  • Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya
  • Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
  • Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  • Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
  • Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  • Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  • Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
  • Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  • Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  • Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, “ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu”.

ps: InsyaAllah, zikir tidak semestinya hanya selepas solat. alangkah baik jika setiap masa kita berzikir mengingati Allah. banyak ganjaran pahala yang kita akan perolehi.
ps2 : semoga bermanfaat, mana2 kesilapan sy dalam entry ini, sila tegur ya. InsyaAllah.

Tuesday, March 8, 2011

Wanita solehah



Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).



seorang wanita yang menjaga solat lima waktu


seorang wanita yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan


seorang wanita yang menjaga kehormatannya


seorang wanita yang taat kepada suaminya


Rasulullah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)