Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Thursday, March 17, 2011

Zikrullah













Zikir merupakan cara untuk kita mendekatkan diri pada Allah. selain itu, terdapat banyak hikmah lain jika kita selalu berzikir.

Hikmah Zikir: (sumber dari Asrul-az.blogspot.com)

Firman Allah S.W.T maksudnya
Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
( al-Ahzab 35 )

Dari Rasulullah S.A.W , 
Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”
( H.R Muslim)

  • Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  • Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  • Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  • Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  • Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya
  • Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
  • Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  • Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
  • Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  • Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  • Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
  • Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  • Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  • Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, “ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu”.

ps: InsyaAllah, zikir tidak semestinya hanya selepas solat. alangkah baik jika setiap masa kita berzikir mengingati Allah. banyak ganjaran pahala yang kita akan perolehi.
ps2 : semoga bermanfaat, mana2 kesilapan sy dalam entry ini, sila tegur ya. InsyaAllah.

12 comments:

dALeDaLE said...

Alhamdulillah =)

Humaira' said...

Allahurabbi

Hanif said...

Alhamdulillah

izzah said...

Alhamdulillah..kalau dengar zikir masa buat kerja dikira berzikir tak? :)

Hanif said...

zikir ne menyebut dan lafaz, apa jua sebutan yang mengaitkan kita dengan Allah ialah zikir. tapi sy rasa skop zikir ne luas. kalau mendengar ne sy x sure. tp kan kalau mnedngar ne pun dapat pahala. Wallahualam

Afikah Aziz said...

syukran akhi...info yg berguna,senang je nk dpt pahala kn...hnya basahkan lidah ng zikir pun dah berat timbangan insyaAllah...semoga kita semua tergolong dalam kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh Ameen insyaAllah....

p/s : org melatah klu blh hindarkan lah sebut perkara yg x elok wlp dlm keadaan xsedar,baik ckp astaghfirullahal azim kn bgus kn :)

Hanif said...

afwan. ya betul. Amin, InsyaAllah.

syukran ya.

oo melatah sesuatu yg x senonoh, ya mmg sgt x sesuai. buat malu je.

Hujan iman said...

MELATAH..ad yg ngade2 buat2, ad yg tak sengaja..

kalau tak sengaja (melatah tahap kronik dan barah) mmg susah nk tgl..
sian gak org cm nie..

Hanif said...

ya, betul 2. memang kesian yg ada mslh ne.

Heidi Shafiq said...

ingat Allah selalu.. :)

Raji berkata said...

betul
hati kita tenang ;D
kalau buat ap2 pun inshaAllah semua boleh jalan
hohoho cantik doodle kau nih
ak letak kau dlm list mangaka ^^

Hanif said...

Heidi Shafiq: InsyaAllah, mudah mudahan. thanks singgah. :)

Raji Berkata: ha ah betul 2. InsyaAllah.
Alhamdulillah. ok, thanks singgah sini. n_nV