Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Thursday, December 30, 2010

Alhamdulillah. cayala u all..


ps : tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan negara kerana telah berjaya membawa pulang piala AFF Suzuki Cup setelah berjaya menewaskan pasukan Indonesia pd plwnan akhir mlm tdi.
ps2 : next 2 year harap menang lagi..
ps3 : semangat neh..hehe
ps4: kartun ne di tiru dari kartun asal dari google image.

Tuesday, December 28, 2010

Asam garam kehidupan bekerjaya

Aiseh, tajuk x boleh blah jugak ne. Macam dah bekerjaya sgt dah. Padahal baru je praktikal. Pk2 lapan kali, aiseh setapak je lagi nak melangkah ke alam dewasa. Macam2 prasangka (yg baik2..he) dah duk ada dalam minda skang ne, samada sy akan bekerja terus yg mana ada majikans (merujuk kepada ramai..berangan..he) yang sudi memanggil sy berkhidmat, atau memohon kerja n bertemudugaan, atau berkahwin (aha ne kompem mak sy dengar kena marah ne, sb x kerja lagi da duk ada angan2 nak bernikah..). 

Praktikalnye sy di tempat praktikal sy (ayat apakah ini, sy x mandai sgt buat karangan neh..he) ialah selama 4 bulan setengah. Alhamdulillah skang da masuk bulan kedua mgu pertama sy berpraktikal. Byk juga rintangan n dugaan yg dialami slma 1 bulan ne. Perjalanan dari rumah sewa ke destinasi praktikal mengambil ms lebih kurang 30 minit kalau sy bawa standard, makna x laju sgt. Tpi boleh jadi bawah 25 minit kalau sy bawa laju (sb nak kejar masa..he. makna bgn lambat..he). 

Baru2 ne, masa nak pulang ke rumah pas je abes kerja, moto sy ad mslh, dia x mau hidup. Agak lama juga sy n sahabat cuba nak hidupkan enjin dia. TApi tetap x berhasil juga walaupun da cuci plug n tolak turun bukit sambil masuk gear berkali2.he2. Sy n sahabat sy pun mula runsing dengan situasi moto sy yg merajuk ke apa ne. Ne kejadian kedua selepas sebelumnya motor sy ne pancit. Kali ne dia x mau hidup plak.

Maka kami pun amek keputusan untuk  menolak moto ke bengkel berdekatan, tapi x dekat bila tolak, rasa jauh amat. Dipendekkan story, kami smpi. di bengkel yg di cari2. Alhamdulillah. Yang sy nak ceritakan ne sbnrnya, bengkel 2 harga barang ganti mahal2 n servis dia tip top mahal. Bukan nak memburukkan bengkel 2, tpi just nak ceritakan pengalaman sy n sahabat ne masa di bengkel 2. Nama bengkel 2 dirahsiakan n lokasinya juga sy rahsiakan. 

Tambah pula seorang yg berbangsa india yang bekerja sbgi mekanik kat bengkel 2 yang amat byk saiko2 sy sampai sy jadi cuak. Macam2 dia ckp sal moto sy, macam, minyak hitam kering, boleh jem piston, kalau ganti 200 ke 300 ratus ringgit jugak. Masa 2 Tuhan je tahu perasaan ne, rasa sedih je. Dalam hati duk doa2 moga xdala jadi macam yg dia ckp 2.

First dia tukar plug, n still x mau hidup, kemudian sy suh dia buang minyak kut2 ada air lam carburator, dia charge servis buang minyak tu rm10. Mahal kan. Tp xpela, yg sy harapkan moga2 moto sy boleh hidup pastu. Kemudian dia start n hidup, lega je dalam hati. Kemudian sy pun bayar harga  plug plus servis rm10. Masa nak balik tu, moto sy mati smula n pas cuba berkali2 nak hidupkan tetap moto sy x berfungsi. 

Kemudian sy pgl mekanik india tu n beritahu dia moto sy ne x berfungsi smula. Kemudian masa ne la dia cek minyak hitam, dia kata minyak hitam kering n dia ckp mgkn piston moto sy ne jem. Kemudian dia kata xpela, cek carburator dulu, servis carburator dulu n kalau x berfungsi jugak memang sah piston sy jem. Chargenye rm15. Mahal kan. Dalam hati sy, sy berharap sgt xdala smpi jem, kalau betul memang naya jugak la. Masa tu memang mengharap xda apa2 la jadi pape pada piston sy tu, n sy harap moto sy boleh hidup pas cuci carburator.

Kebetulan ada pelanggan yg dtg nak ganti tiub moto dia, sb pancit. Kat bengkel tu ada dua orang mekanik, india tadi n seorang cina. Mekanik india ne mintak tolong mekanik cina ne cuci carburator moto sy sb dia nak ganti tiub moto pelanggan yg motonye pancit tadi. So dipendekkan cerita masa mekanik cina ne ngah buat kerja kat moto sy, dia cakap yg mekanik india 2 saje nak takutkan sy. Sebenanya minyak hitam moto sy  x kering pun katanye, cuma kurang sket.huhu. Kemudian mekanik cina 2 cakap servis cuma rm10 pada sy dan bukannya rm15, tp sy tetap kena byr rm15 sb mekanik india tu da cakap awal2.

Mekanik cina tu agak peramah n baik orangnye, sepanjang dia buat kerja dia, macam2 dia cerita pada sy n sahabat sy dari isu semasa smpi la isu keluarga dia.hehe. Kami pun dengar je. Sy nampak dia buat kerja bersungguh2 dari cara dia nak pastikan moto sy ne hidup smula. Alhamdulillah, selepas tu moto sy dah boleh dihidupkan n berfungsi ngan baik. Alangkah lega dalam hati bila moto da kembali berfungsi. Sy rasa lega sgt bila mekanik cina tu yang servis moto sy n disebabkan dialah sy tau mekanik india 2 saje nak saiko2 sy.

Sambil pulang, mekanik cina 2 melambai2 n menunjukkan thumbs up pada kami berdua. hehe. sempat lagi kan.


ps : kepada sape2 yang rosak moto, carilah bengkel yang tepat dan harganya berpatutan
ps1 : kepada sesiapa yang nak buka bengkel atau ape jua bisnes, pastikan jangan letak harga terlalu tinggi. 
ps2 : kalau mekanik india tu baca entry ne, harap dia insaf la pasne, dan jgnlah buli orang lagi.
ps3 : atau kalau sepupu dia baca harap nasihatkanlah mekanik india ne.
ps4 : Assalamualaikum.

Saturday, December 25, 2010

times up..











sesudah solat..


ps  : maen boleh, tapi bila azan. utamakan solat terlebih dahulu.
ps1 : bila azan tak boleh berkata2. takut dikelukan lidah ketika menghampiri maut. Wallahualam.
ps2: kalau boleh kita jawab azan semasa mendengarnya.
ps3 : InsyaAllah..sama2 ya.
ps4: idea asal kartun ne, dari sebuah video yg sy tgk dkat fb.

Friday, December 24, 2010

cinta


oh burung...


erkk..rama-rama pun


siput pun duk ado..
tidak lama kemudian...
aku ternampak..







ps: dalam Al Quran ada menyebut janganlah kamu menghampiri Zina
jika bercinta, sebenarnya telah menghampirkan diri pada zina. walaupun tidak melakukan Zina iaitu bersetubuh, tetapi tetap akan berlaku zina yang lainnya seperti zina hati, zina mata, zina akal, dan sama waktu dengannya.
ps1: sebaik2nya, bercintalah selepas kahwin. ^  ^
ps2: apa kata anda??

Thursday, December 23, 2010

kita selalu lupa Allah












ps.. percubaan pertama.. kalau ada yang tak kena sila tegur ya.
       dan harap teguran yang membina..^  ^
ps1: idea asal kartun ne dari blog ini

Wednesday, December 22, 2010

Mampu, tapi tak pasti


tertarik dengan gelagat si ayah dalam video ne, anaknya yang masih kecik lagi comel ne sedang menangis, kemudian si ayah pujuk anaknya dengan cara menemani anaknya di dalam katil anaknya itu sehingga anaknya buat-buat tidur..hehe. pas je tengok video ne, sy ad terfikirkan sesuatu. jd sy nak share sikit apa yang sy fikir dan apa yang sy rasa bila menghayati video ne..he.

jeng..jeng..jeng..tetiba sy jadi serius

seorang lelaki boleh bergelar seorang ayah

seorang lelaki boleh menjadi seorang ayah kepada anak-anaknya. seorang lelaki boleh bekerja untuk menafkankan keluarganya. seorang lelaki boleh menidurkan anaknya yang kecil itu ketika isteri tiada bersama. seorang lelaki boleh menghiburkan anak-anaknya ketika anak-anaknya bersedih. seorang lelaki boleh membawa anak-anaknya pergi bercuti ke tempat-tempat yang menarik. seorang lelaki boleh membelikan apa sahaja permainan mahupun pakaian yang diminta oleh anak-anaknya. seorang lelaki boleh melindungi anak-anaknya jika berada dalam keadaan yang getir mahupun  melindungi anak-anaknya dari bahaya. begitu juga dengan kita.. kita mampu melakukan semua ini dan kita mampu bergelar seorang ayah suatu hari nanti. Tapi kita tak pasti samaada kita berhasil mendidik anak-anak dengan didikan agama yang sempurna. kita tak pasti kita berhasil membesarkan anak-anak menjadi orang-orang yang baik akhlak dan berguna. untuk menjadi seorang ayah yang cemerlang dalam mendidik anak-anak memerlukan keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi dari dalam diri. sejujurnya kita tak pasti kita memiliki keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi dalam diri dan kita tak pasti kita mampu memikul amanah sebagai seorang ayah yang diberikan kepada kita kelak.  Walaubagaimanapun kita tetap akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi ayah yang cemerlang. kita yakin kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan olehNya. kita sedar akan  amanah ini terlalu berat untuk dipikul di bahu kita yang selalu lalai dan tercemar dengan dosa-dosa padaNya. kerna kita sedar tentang tanggungjawab ini pasti akan ditanya oleh Allah kepada kita di akhirat kelak. 

jauh sy berfikir..aiseh  ^__^
selain tu, sy nak selitkan sikit situasi yg berkait rapat dengan isu "mampu" tp "tak pasti" ne..mengikut apa yang sy fikir..he




seorang lelaki mampu menjadi seorang anak 

semua manusia mempunyai ayah dan ibu termasuklah kita, kecuali Nabi Adam dan Hawa, manakala Nabi Isa pula dengan kuasa Allah dilahirkan oleh ibunya, Maryam tanpa seorang ayah. berbalik kepada diri kita, lahir-lahir shja kita telah menjadi anak dan kemudian membesar sehingga menjadi seperti yang kita jadi sekarang.he. tapi selama kita hidup, adakah kita telah menjadi anak yang baik dan patuh? sy juga bertanya pada diri sy sendiri sama ada sy telah menjadi anak yang baik dan patuh pada 2 orang tua sy? sy tidak. teringat akan kisah Uwais al-Qarni yang sgt taat pada ibunya, sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh Saidina Ali dan saidina Umar mencari Uwais dan meminta Uwais berdoa untuk mereka, kerna doanya sangat makbul. begitulah kisah seorang yang sgt taat pada ibunya. seharusnya kisah ini sy ambil iktibar dalam menteladaninya. sebagai anak kita tak pasti kita telah membahagiakan kedua ibu bapa kita. kita tak pasti kita dan menjalankan tanggunjawab sebagai anak kepada mereka dengan baik. tetapi, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik dan taat pada kedua ibu bapa. ini yang mampu kita lakukan buat ibu bapa kita dalam berbakti kepada mereka, InsyaAllah.


gambar dari google (mfr studio)


begitu juga, seorang lelaki mampu menjadi seorang suami, tapi tidak pasti betul-betul telah menjadi suami yang baik untuk isteri dan menjadi contoh ikutan pada isterinya dalam menjalani kehidupan berumahtangga. seorang lelaki mampu menjadi seorang kawan, tapi tidak pasti sama ada telah menjadi sahabat yang sanggup menghadapi saat duka, ada ketika diperlukan, dan membantu sahabatnya ketika dalam kesusahan. kesimpulannya, kita mampu menjadi semua yang kita mahu, tapi kita tidak pasti kita laksanakan tanggungjawab kita dengan baik. apa yang kita mampu dan pasti ialah berusaha melakukan yang terbaik dan cuba menunaikan segala kewajipan kita sedaya upaya. InsyaAllah.





Monday, December 20, 2010

Detik-detik Rasulullah menghadapi sakaratulmaut



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin….

InsyaAllah..


sumber asal dari tuan punya blog ini

Friday, December 17, 2010

Rahmat Allah


Bismillahirrahmanirrahim

Indahnya bila dikurniakan apa yang kita minta..
Terasa begitu besar rahmat pemberianNya kepada setiap yang merasainya..
Adakala apa yang kita minta tidak termakbul sekarang, dan mungkin akan termakbul suatu hari nanti..
Sebaliknya, jika apa yang kita minta, tidak termakbul, ketahuilah setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Ketahuilah, Dia lebih mengetahui tentang sesuatu, dan Dia mengetahui tentang apa yang kita tidak ketahui..
jadi bersabarlah, kerna setiap yang berlaku pasti sudah   ditetapkan apa hikmahnya atau apa kebaikan selepasnya..

Adakalanya... doa termakbul dalam masa yang singkat.. Masih tidak terasakah kebesaranNya?? Apabila apa yang di minta tidak sampai satu hari pun sudah dimakbulkan.. Ucapkanlah Alhamdulillah di ketika itu juga.. Itu tanda Dia sayang pada hambaNya..

Baru2 ne..seorang kenalan berpangkat abang.. Dia sudah sembuh dari satu penyakit yang yang agak serius iaitu sakit buah pinggang.. Dia menderita penyakit buah pinggang ne sudah agak lama.. Sehingga  mengganggu kesihatan dan dia tidak secergas sebelumnya untuk melaksanakan tugas harian. Dengan kekuasaan Allah, baru2 ne abang 2 telah sembuh dari penyakit buah pinggangnya. Abang 2 seorang yang baik dan dia merupakan seorang bilal. Besar kan rahmat Allah buat hambaNya yang bersabar. Tak dapat saya bygkan apa perasaan abang 2 bila dia telah sembuh dari penyakit buah pinggang yg dialaminya, selain dari melihat wajahnya yang berseri2. 

Mari kita fikirkan..

Wednesday, December 15, 2010

Pengalaman merupakan guru yang terbaik

Sekecil2 perkara mahupun sebesar2 perkara yang kita alami merupakan sesuatu yg bermakna untuk kita. Sesuatu yang telah berlaku pada kita adakalanya sesuatu yang indah dan adakalanya sesuatu yang buruk.

contoh pengalaman manis:

berjumpa dengan kucing berwarna hitam putih
berkenan ngan dia (merujuk kepada kucing) sebab dia cantik
pelihara dia sampai bulu kembang2
bila aku memangilnya, dia menyahut panggilanku
setiap kali meninggalkan dia di rumah dia melambai2 kepada ku (ada ke kucing leh lambai) :)
dan setiap kali pulang ke rumah dia akan menunggu di pintu..
kemudian dia bunting dan manisnya saat aku melihat dia melahirkan baby2 yg comel2

Dia ketika melambai2.

erkk..ne masa dia ngigau..
dia ngigau cam2 sy agak mgkn sb terkesan 
dari filem "hantu kak limah balik rumah"

contoh pengalaman buruk yang menjadi tauladan:

akibat tidak mendengar kata kedua ibu bapa
ayah kata jangan berlumba, mak kata sayanglah nyawa
akibatnya parut besar telihat dekat muka
kerna terjatuh ketika berlumba
naseb baik hanya luka2
kalau patah atau lumph ke
diri sendiri juga yang sengsara

parut kelapa
gmbr parut kat muka, sy x upload 
sb mungkin ada yg takut nt..

Sekecil2 ataupun sebesar2 sesuatu perkara yg berlaku merupakan pengalaman yang boleh dijadikan ingatan, tauladan, iktibar, pedoman dan sempadan untuk diri kita dengan sejauh mana kita mahu belajar daripada pengalaman yang kita lalui itu, untuk penambah baikan, pembaharuan dan juga mewujudkan keadaan diri kita yang lebih baik. Beserta dengan niat hanya kerana Allah. InsyaAllah

mutiara kata

ku berikan hatiku pada dunia, dunia menipu, memperguna dan merpersenda, 
sehingga aku berada dalam kehinaan

ku berikan hatiku pada manusia, manusia memperguna, 
mempersenda dan memfitnahku

ku berikan hatiku pada Allah, hatiku di belai, di sayangi, di pelihara, 
sangat lembut, syahdu dan mengasyikkan

Thursday, December 9, 2010

Bila didatangi kesusahan

Betapa beruntung sekali orang-orang yang di berikan ujian, dan dia sabar menghadapi ujian yang hadir padanya. Tetapi ada yang dalam kerugian bila diberikan ujian dia mengeluh dan merungut2 dengan kesusahan yang dialaminya.

Betapa beruntungnya orang-orang yang sentiasa merindui ujian dari Allah s.w.t. kerana dia tahu bila dia dikurniakan ujian dari Allah s.w.t. itu tanda Allah sayang padanya. Dia berfikir tentang ujian datang kepadanya itu sebagai sesuatu yang mentarbiyah dirinya kerana dia yakin suatu saat sesudah berlalu kesusahan yang dialami di dalam ujian itu padanya, dia akan menjadi insan yang lebih baik, lebih sempurna walaupun tidak sesempurna Rasulullah s.a.w. dan menjadi insan yang lebih berjaya.

Tetapi jika sebaliknya, berlaku ujian sesudah ada yang meminta ujian datang kepadanya kerana dia terasa rindu pada ujian Allah, namun sesudah ujian datang kepadanya, dia tidak mampu dan terlupa akan ujian itu datang dari Allah kepadanya, lalu dia mengeluh dan merungut2 di atas kesusahan yang di alaminya itu. Maka rugilah dia sesudah dia yang merindukan ujian Allah tetapi dia pula yang tidak bersanggupan untuk menghadapinya.

Adakalanya ujian datang, kemudian terdetik di dalam hati akan kesusahannya, seperti tidak redha akan kesusahan yang mendatang itu. Dan jiwa menjadi lemah, luntur semangat mu sebagai seorang Islam, luntur jiwa rijalmu da nisamu yang tulen itu, di mana sebelum tibanya ujian dan kesusahan semangat begitu tinggi. Maka insafilah, ingatilah Allah, selagi hati tidak redha pada ujian yang mendatang, selagi itu diri tidak redha pada Allah, kerna Dia yang menguji dan Dia menguji atas kesesuaian iman. Tidak akan menguji melainkan apa yang setiap manusia mampu hadapi.

Saat datang ujian, syaitan lebih berusaha gigih membisikkan ketelinga untuk melemahkan hati yang sedang berusaha menghadapi ujian dan kesusahan. Kalau dimakan nasihat syaitan yang berusaha membisikkan kata-kata dan nasihat-nasihat kehancuran, maka hancurlah orang yang mendengar kata dan nasihat syaitan. Orang itu pun tak terdaya menghadapi ujian yang diberikan, lalu tersungkurlah dia atas sebab dia mendengar kata dan nasihat syaitan. Kemudian bersoraklah para syaitan atas kemenangan mereka dalam misi untuk menghancurkan orang-orang yang di berikan ujian.

Teringat akan satu ayat yang begitu indah pada sy, kemudian sy ubah mengikut kefahaman sy, bila datang ujian, ujian, ujian dan ujian padamu, ingatlah yang satu masa juga akan terkumpul segala kesenangan, kesenangan, kesenangan dan kesenangan untukmu.


Tuesday, December 7, 2010

Amin Ya Allah


sedang berada di luar masjid, kelihatan insan tersayang turut bersama berada di rumah Allah, sy hanya memandang sahaja, dia berkain pelikat, berbaju melayu hijau, dan berkopiah, nampak dia sedang menunggu giliran untuk mengambil wudhu. d sisi nya kelihatan seorang teman. girang hati dapat melihat insan tersayang ini kembali kepada fitrahnya yang asal sebagai hamba Allah.

sy mengambil wudhu, kemudian menunaikan solat subuh. selepas berzikir, baru sy teringat sy bermimpi malam tadi, dan mimpi itu ttg seseorang iaitu insan tersayang, dan mimpinya adalah seperti yg sy ceritakan di atas. nikmatnya mimpi ne, biarpun hanya mimpi, namun sy amat bersyukur. mungkin mimpi yang sy alami ialah sebagai tanda dia bakal kembali kepada fitrahnya yg asal sebagai hamba Allah. Amin Ya Allah. doakan sama ya. terima kasih.

Sunday, December 5, 2010

Selamat hari lahir


Setiap tahun ulangtahun hari lahir kita akan tiba, tujuan sy menulis bukanlah untuk bgthu semua pembaca iaitu hari ini hari lahir sy. Tp untuk berkongsi sedikit ingatan untuk ibu kita. Sebab tatkala tiba hari lahir kita, tatkala kita menyambutnya mahupun tidak, adakah kita terfikir untuk mengucapkan terima kasih pada orang yang melahirkan kita? Apa yang kita fikir pada hari lahir kita ialah ada tak ibu kita nak buat sambutan untuk hari lahir kita, ada tak ibu beli kek untuk kita… Ya, kadang2 ibu ada beli kek untuk kita, untuk menyambut hari lahir kita, sebab dia selalu ingat bila hari lahir anaknya. Ibu ingat hari lahir kita? Kenapa ibu selalu ingat hari lahir kita..  Sebab dialah yang ada masa 2. Dia lah orang paling rapat dengan kita ketika mahu melahirkan kita. Dialah orang yang melahirkan kita ketika itu. MasyaAllah.

Terima kasih pada ibu      sebab dia yang lahirkan 
kita Tak dapat kita nak bayangkan saat ketika dirinya melahirkan kita
Kita terhutang jasa dan pengorbanannya Tak dapat kita bayangkan, dirinya 
sanggup bersusah payah Ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi 
melahirkan kita Sehingga kita menjadi diri kita seperti
 sekarang Semuanya atas sifat kasih, 
keberanian, kekuatan mak,
ummi,mama,
ibu

*****
Saat ini, hati merindui mak.. siapalah diri ini tanpa mak yang telah banyak berkorban untuk diri ini, saat ini diri ini tidak dapat melihat mak di depan mata. Sebelum ini mak ada pada hari lahir diri ini. Tapi tak pernah diri ini nak mengucapkan terima kasih pada mak, tak pernah pun diri ini terfikir untuk mngucapkan terima kasih pada mak di hari lahir diri ini kerna jasa dan pengorbanan mak.

*****
Penulis : Assalamualaikum, mak.
Mak : Waalaikummussalam. Haa anip, nape telepon ni?
Penulis : Takde pape mak, saje je. mak kat mane ni?
Mak : Mak di tersang ni, tadi petang abang hantar mak.
Penulis : Ya, abang ada kat umah la ni? Abah ngah buat apa?
Mak : A’ah, abang ada 2. Abah tengah makan. Hujan tak kat sana? Masa pergi kerja hujan tak?
Penulis : Oo, ngah makan. Setakat ni tak pernah lagi hujan masa pergi balik kerja.
Mak : Elok la 2, beli baju hujan nanti. Jangan lupa beli baju hujan.
Penulis : Ok, duit mak bagi aritu ada lagi. InsyaAllah nt beli.
Mak : Ya, jaga diri 2, jaga makan.
Penulis : Ok, ya jaga diri elok. Esok hari lahir kas (sy) kan.
Mak : Ya esok hari lahir anip (mak memang ingat hari lahir sy), kalau ada dekat umah boleh la beli kek.(sambil gelak kecil) tp tak balik, takde la.
Penulis : Xpela mak, x balik nak buat macam mane.
(Sebenarnya sesuatu yang nak disampaikan x sampai2 lagi kat mak, asyik mak potong je)
Mak : mak doakan semoga Berjaya dengan kerja, Berjaya dalam hidup, semoga sihat tubuh badan.
Penulis : Terima kasih mak.
Mak : mak doakan selalu, semoga berjaya lah dalam hidup.
Penulis : mak, nak cakap ni.
Mak : ha apa dia?
Penulis : Terima kasih mak, sebab lahirkan anip.
Mak terdiam dalam  2 3 saat….  

******
Alhamdulillah berjaya juga nak cakap terima kasih..hehe. Pada sahabat2 dan para pembaca yang dikasihi, kadang2 kita sukar nak ucap perkataan2 seperti terima kasih, saya sayang, saya rindu, pada ibu dan ayah kita..(terutamanya lelaki ^ ^ ). Tp cubala bgthu ibu dan ayah kita, lama2 kita akan terbiasa dengan kata2 seperti ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati ibu dan ayah, selain dari anak2nya.

Bagi sahabat2 dan pembaca yang sudah tiada ibu dan ayah, berdoalah untuk mereka. Sedekahkanlah ayat2 Al Quran untuk mereka di sana.

Dari abu hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih-Riwayat Imam Ahmad).

Doa dari anak kepada orang tua ini sangat baik, sama ada anak itu soleh ataupun sebaliknya kerana doa anak pada orang tuanya sangat baik dan berguna. Tapi doa anak yang soleh adalah lebih baik kerana lebih di harap termakbul doa itu. InsyaAllah mari kita sama2 berbakti kepada orang tua kita, kerana kasih sayang mereka sebelumnya kepada kita. Mungkin tiba masa kita berbakti smula membalas jasa dan pengorbanan mereka, meskipun kita takkan mampu membalasnya biarpun sehingga ke akhir hayat kita, tapi sebagai anak2 inilah kewajipan kita kepada mereka. InsyaAllah.

Tuesday, November 30, 2010

CINTA

“Abang, temankan  saya ke pasar sekejap boleh, ada barang dapur sikit yang saya nak beli.” Beritahu isteri yang berada di dapur kepada suaminya. Dengan segera suami menjawab “boleh sayang”, ketika itu suami sedang baring di ruang tamu, suami baru sahaja hendak tidur kerana penat tidak hilang lagi selepas balik dari kerja. Tapi demi isterinya, suami turutkan permintaan isteri yang memintanya menghantar ke pasar. Kalau hendak di ikutkan penat badannya mahu saja dia membiarkan panggilan isterinya itu. Mahu saja dia tidur di sofa yang empuk itu. Suami mengenangkan isterinya yang sedang mengandung 7 bulan itu tidak pernah mengabaikan makan minum dan pakainya. Semuanya dilakukan oleh isterinya dengan sebaik-baiknya tanpa perlu di arah olehnya. Setiap kali pulang dari tempat kerja si isteri pasti menyambut kepulangan si suami dengan senyuman dan dengan sendirinya menyediakan air untuk suami tanpa diminta suami. Yang lebih mengagumkan suami, isterinya yang sedang mengandung anak sulong mereka ini membancuh air teh dan kadang kala air oren. Bukan air kosong yang diberikan kepada suaminya. Setiap apa yang di minta oleh suami pasti diturutkan sahaja oleh isteri tanpa sebarang bantahan, begitu juga dengan suami yang sentiasa memenuhi permintaan isterinya.

Apakah yang mendorong mereka saling memenuhi permintaan tidak kira suami yang meminta mahupun isteri yang meminta? Apa yang menyebabkan si isteri ringan menyediakan pakai makan dan minum suami? Pendorong mereka ialah CINTA. CINTA mereka kepada Allah yang diletakkan teratas dalam diri masing-masing.

CINTA ini menjadikan segala tanggungjawab dilaksanakan dengan rasa tenang dan terasa ringan malah setiap yang dilakukan terasa begitu manis sekali. Begitulah rumah tangga yang didasarkan kepada CINTA yang hakiki. Suami menganggap isteri sebagai satu anugerah Allah kepadanya dan merupakan amanah yang besar baginya. Manakala isteri tahu tanggungjawabnya pada suami di mana dia mesti taat dan patuh pada suaminya. Cinta kepada Allah menjadikan mereka percaya segala ketentuanNya termasuklah dengan jodoh ini. Mereka percaya Allah telah menemukan mereka sebagai suami dan isteri, dan mereka di pertemukan kerana mereka adalah pasangan yang paling sesuai. Tidak ada lelaki lain yang lebih baik untuk si isteri dan tidak ada perempuan lain yang lebih baik untuk si suami, melainkan apa yang mereka miliki sekarang.

Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita. Semoga dengan pegangngan CINTA ini kita melaksanakan segala kewajipan kita sebagai hamba dengan sepenuh hati dan perasaan kita, dengan rasa senang dan ringan untuk melaksanakannya. Dengan perasaan CINTA ini, kita harapkan kita tidak terus terlupa untuk mengingati DIA. Kerana CINTA ini jugalah, kita mampu melaksanakan segala tuntutanNya dan menjauhi segala laranganNya. Pasti terbentuk pagar yang mengelakkan kita daripada terkeluar dari kawasan yang sepatutnya kita diami. Kawasan yang kita diami, iaitu Islam yang sejati, menjadi muslim yang asli. InsyaAllah.

Monday, November 29, 2010

TV AlHijrah

AlHijrah stesen tv berkonsepkan Islam

TVAlhijrah

Baru-baru ini sy ada terbaca kisah stesen TV AlHijrah ne di surat khabar.  Mula2 sblm baca 2 sy rasa pelik jugak tgk tajuknya “TV AlHijrah”. Sy pun terus baca isi kandungan berita 2. Rupa2nya berita ne nak inform kat seluruh rakyat Malaysia bahawa x lama lagi kita akan dapat menonton sebuah stesen televisyen yang berkonsepkan keagamaan iaitu merujuk kepada agama Islam. Alhamdulillah gembira bila dapat tau berita ne. TV AlHijrah ne bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada 7 Disember ini. Menurut kata salah seorang orang kuat TV AlHijrah ne, tv ne akan menyiarkan rcngan berkonsepkan bual bicara, majalah, dokumentari dan ada juga berita. Selain 2 ada slot yang dibahagikan kepada segmen muhasabah, tazkirah dan tazkirah jalanan. Setiap segmen panjagnya 5-10 minit dan akan diulang tayang tidak kurang dari 20 kali setiap hari dan stiap hari bahan yang disiarkan akan ditukar ganti.

Mencari siaran AlHijrah
  • Saluran dipancarkan secara percuma. Orang ramai boleh membuat pencarian saluran ini apabila siaran ujiannya mula dipancarkan 1 november lepas.
  • Pengurusan stesen ini juga sdg brnding dgn pihak Astro untuk mndptkan saluran dalam Astro (sy xda astro T_____T  , harap2 sy dpt cari siarannya nt)
  • Cara untuk mendapatkan siaran AlHijrah amat mudah dan panduan untuk mendapat siarannya akan disiarkan di akhbar2 dan radio2 tmpatan.
  • AlHijrah jga boleh di ikuti melalui laman sesawang www.tvalhijrah.com ke seluruh dunia. (naseb baik leh tgk kat internet..he)
Bagus juga kalau ada stesen tv mcm ne. sekurang2nya boleh membantu kita semua untuk memahami Islam dengan lebih mendalam, InsyaAllah. Harap stesen tv ne akan terus bersiaran dengn sgt2 berjaya. 

Sunday, November 28, 2010

Batas Pergaulan

Apakah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan?
Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti yang digariskan dalam Islam, antaranya:

Menahan pandangan kedua belah pihak iaitu tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak lama memandang tanpa ada keperluan.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka…(an-Nur: 30-31)

Wanita harus memakai pakaian yang sopan sebagaimana yang dituntut oleh syarak, iaitu menutup seluruh tubuh badan selain muka dan tapak tangannya. Pakaian yang tidak terlalu nipis, jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya…(an-Nur: 31)
Diriwayatkan  oleh beberapa sahabat bahawa perhiasan yang harus diperlihatkan oleh wanita dalam urusan hariannya ialah muka dan dua tapak tangannya.
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaian-pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani. (al-Ahzab: 59)

Mematuhi adab-adab wanita ketika berhadapan dengan lelaki.

a.      Dari segi pertuturan, tidak boleh menggunakan perkataan yang merayu-rayu dan membangkitkan rangsangan. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing), kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada  penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (al-Azhab: 32)
b.      Daripada segi perbuatan, tidak menarik perhatian umum. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: …dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah swt, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya. (an-Nur: 31)
c.       Dari segi pergerakan, jangan berjalan berlenggang-lenggok, sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis yang bermaksud: (iaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati laki-laki cenderung kepada kerosakan (kemaksiatan). (riwayat Ahmad dan Muslim)

Dilarang memakai bau-bauan yang harum dan memakai warna-warna yang boleh menarik perhatian selain daripada Suaminya.

Jangan berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan tanpa disertai mahram.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud: Tidaklah boleh seseorang lelaki berkhalwat (bersunyi-sunyi dan bersendiri) dengan seorang wanita, kecuali bila bersama lelaki (yang merupakan) mahramnya. (riwayat Bukhari)

Sumber dari Mega Agama (Utusan Malaysia)

Saturday, November 27, 2010

Istiqamah

Teruskanlah sesuatu yang baik itu, teruskanlah mengerjakannya. Sesungguhnya Allah suka pada hambaNya yang berterusan dalam melakukan sesuatu yang baik. Bersabarlah dalam melakukan sesuatu yang baik, kerjakanlah perkara yang baik itu bersungguh-sungguh, pasti kamu akan berjaya.

Jauhilah sesuatu yang tidak berfaedah, jauhkanlah hal yang tidak berguna itu daripada dirimu. Berdoalah agar diri dijauhkan daripada sesuatu yang tidak baik. Peliharalah diri dari melakukan perkara yang sia-sia. Sayangilah diri kamu, sepertimana Allah menyayangi kamu.

Friday, November 26, 2010

insan AGUNG

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi..seorang wanita sedang berada di dapur, kelihatan wanita itu sedang duduk di meja makan. Sarapan pagi sudah siap disediakan, dapur kelihatan kemas, dan pinggan mangkuk tersusun rapi. Semua kerja rumah dilakukan selepas sahaja solat subuh. Sedang wanita itu duduk di meja makan, masuk seorang budak lelaki sambil memanggilnya dengan berkata “ibu, ibu sudah siapkah sarapan pagi?”… terkejut wanita itu bila anaknya memanggil namanya, sedangkan ketika itu dia tengah mengelamun agak lama. Sambil tersenyum wanita itu menjawab “sudah siap amin, anak ibu da lapar ya?” Budak lelaki itu duduk di kerusi meja makan sambil memandang tudung saji, kemudian berkata “a’ah ibu” pendek saja jawapan yang diberikan. Wanita itu membuka tudung saji, kelihatan 2 jenis kueh mueh dan semangkuk besar mee goreng serta satu jug air teh. Wanita itu menyuruh amin memanggil abang ,kakak dan juga ayah untuk bersama-sama bersarapan dengan dia dan amin. Dengan sekali sahaja ibunya menyuruh, segera amin bangun dari kerusi dan terus pergi mendapatkan abang, kakak dan juga ayahnya. Tidak lama kemudian mereka semua datang ke dapur, wanita itu melihat wajah abang yang baru sahaja bangun tidur, kakak pula sudah siap mandi, nampak ceria wajahnya hendak bersarapan. Suaminya pula masih berkain pelikat datang dalam keadaan ceria sambil memandang wajah anak-anak hasil perkongsiannya dengan wanita itu. mereka semua pun duduk di meja makan. Kemudian ayah berkata dalam nada bergurau kepada anak-anaknya “sapa yang tak mandi lagi pagi ne? tak boleh makan sama-sama”. Abang yang belum mandi terasa dengan pantas menjawab “ayah pun tak mandi lagi, tengok tu masih berkain pelikat”. Kemudian mereka semua ketawa kerana gelagat abang dan ayah. Begitulah suasana keluarga wanita itu ketika makan bersama tidak kira makan pagi, tengahari ataupun malam.  Jika semua ahli keluarga ada di rumah, mereka pasti akan makan bersama-sama. Lagi-lagi pula hari minggu dan ketika cuti sekolah.

Sebagai isteri dan ibu, wanita itu tidak pernah merasa lelah dalam melakukan kerja rumah setiap hari. Wanita itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menyediakan makan dan minum untuk suami dan anak-anak. Setiap waktu, makanan pasti disiapkan tepat pada waktunya. Tidak pernah sekali pun suami dan anak-anak terlewat untuk makan sama ada pagi, tengahari mahupun makan malam.

Pakaian suami pula pasti di gosok sebelum suami pergi bekerja, bagi wanita itu memang tanggungjawabnya untuk menjaga pakai suaminya supaya sentiasa kemas dan tidak perlu suaminya menggosok  baju sendiri untuk pergi bekerja. Wanita itu mahu memastikan suaminya sentiasa dalam keadaan bersedia sebelum pergi bekerja. Wanita itu memahami tugas suami yang setiap hari keluar menjalankan tugas untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga, untuk anak-anak.

Kesemua anak-anak yang masih bersekolah tidak pernah wanita itu lupa, setiap pakaian sekolah di gosok dan belanja sekolah anak-anak diberikan sebelum anak-anak pergi ke sekolah. Pesan wanita itu kepada anak-anak setiap kali mereka hendak keluar rumah ke sekolah agar belajar bersungguh-sungguh supaya nanti boleh menjadi orang berjaya dan pesannya lagi agar anak-anaknya menjaga diri baik-baik. Wanita itu pasti akan berkata “ibu sayang kamu” kepada anak-anaknya sebelum mereka keluar rumah ke sekolah atau keluar bermain. Dan ketika anak-anak di sekolah, wanita itu sentiasa memikirkan tentang anak-anaknya sehinggalah anak-anaknya pulang dari sekolah.

Di dalam doa wanita itu setiap kali selesai solat ialah untuk suami dan anak-anaknya. Wanita itu selalu mendoakan kebahagian keluarganya dan mendoakan kesihatan suami dan juga anak-anaknya serta dipanjangkan umur suami dan anak-anaknya. Dalam hati wanita itu mahu keluarganya sentiasa berada di bawah Rahmat illahi dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. Wanita itu selalu mendoakan agar anak-anaknya menjadi  anak-anak yang baik dan taat pada agama. Harapan wanita itu agar anak-anaknya boleh menjadi manusia yang berguna pada agama dan masyarakat suatu masa nanti.

Sesekali sakit dan demam datang menguji wanita itu. Tapi dia cekal dan teguh menjadi pekerja yang setia menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah kepadanya di rumah. Biarpun sesekali pening kepala datang, makan minum dan pakaian suami dan anak-anak tetap dijaga dengan baik. Biarpun kadang-kadang anak-anak banyak menguji tambahan ketika dia demam, namun dia tetap bersabar dan tetap meneruskan tugasnya sebagai suri rumah sepenuh masa. Baginya amanah yang diberikan lebih besar dari dirinya, sebab dirinya yang demam dan sakit boleh sembuh, tetapi kalau amanah dan tanggungjawab yang diberikan tidak dijalankan dengan baik, dia sudah melanggar amanah yang diberikan padanya.

Wanita itu seorang isteri dan ibu.. setiap manusia dilahirkan oleh ibu. Termasuklah kita, kita dilahirkan oleh insan agung ini, dalam hidup kita tidak ada 2 atau 3 insan agung yang melahirkan kita. Tetapi hanya seorang manusia yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan kemudian melahirkan kita iaitu ibu kita. Ya Allah, syukur kita ada seorang ibu yang pernah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dalam keadaan yang kadang-kadang menyakitkan. Tetapi ibu tidak kisah sakit yang ibu hadapi ketika mengandungkan anak ibu, yang penting ibu dapat melihat anak ibu lahir dalam keadaan yang baik dan membesar dengan sihat. Seperti yang kita tahu, Nabi Adam dan Hawa tidak mempunyai ibu dan ayah. Nabi Adam dijadikan daripada tanah manakala Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Nabi Adam. Merekalah manusia pertama yang diciptakan Allah, dan dari merekalah wujudnya manusia-manusia pada hari ini.

Dari kisah di atas kita dapat lihat betapa besar jasa dan pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kewajipan bagi kita semua untuk mentaati ibu dan bapa kita kerana tidak masuk syurga bagi anak-anak yang menderhakai ibu dan bapa. Sebagai anak lelaki tanggungjawab kita adalah kepada ibu kita yang paling utama. Bagi lelaki yang sudah berkahwin, mesti mendahulukan ibunya daripada isterinya.

Sementara ibu kita masih ada di dunia ini, ingatilah dia dimana jasa dan pengorbanannya yang cukup besar untuk membesar dan mendidik kita. Tanpa ibu mungkin hidup kita terabai tanpa kasih sayang dari seorang ibu. Begitulah juga kepada bapa yang mana banyak berkorban demi menyiapkan anak-anak dari segi perbelanjaan, pakaian, kasih sayang dan sebagainya.

Beruntunglah wanita yang menjaga kemaluannya, menjaga solat, berpuasa di bulan Ramadan dan taat pada suami kerana ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi. Dia boleh pilih mana-mana pintu yang dia suka untuk masuk ke syurga.

Thursday, November 25, 2010

Jalan

***
“Eh apa yang berlaku kat saya ne?” Tetiba bercahaya plak ne, silaunya.. “Saya kat mane ne?” Saya nak nangis la.. “Huaa huaaaa…”. Ohh saya dah keluar rupenya. Leganya saya, selamat juga saya keluar ne. Akhirnya dapat juga saya melihat dunia. “Oh 2 abah saya ke?”. “Hii abah”. Eh silap lak, tu doktor la..alamak malu saya. Ha 2 barulah abah saya, “hai abah”. Hensemnye abah saya ne.. “Mane mak saya?”  oh tu mak tengah baring, berpeluh2 mak saya. “Mak penat ye?” mak saya tembam sket. Ne mesti sebab saya dia jadi tembam, saya suh dia makan banyak time ngandungkan saya. Tahniah mak sebab menembamkan diri untuk saya.

***
“Oh 2 tak boleh pegang”.  “Oh yang ne tak boleh makan”.  “Yang ne mak?” Sambil tunjuk ngan jari. “Yang ne boleh pegang dan boleh makan”. “Oh ye ke mak”. Baru saya tahu, banyak perkara baru saya blaja. Bestnya kalau dapat pijak tanah. Dah 3 tahun, tp tak pernah pijak tanah lagi. Bila kat luar mesti kena dukung. Dan akhirnya dapat jugak saya pijak tanah, dapat lari-lari dan mesti mak tak dapat kejar. “Ha mak pegang burung?” “ Ye ke ada burung pipit lam tangan mak?” Excitednya nak tengok.. alamak taktik je nak tangkap saya bawak masuk lam umah. Tertipu saya..

***
“OooOOo jus…”. “ Saya jalan dulu”. Terer betul saya, dah boleh buat menara klcc dah ne daun terup saya menang hari ne..(mode gembira) tp 5 minit je. Pastu kantoi ngan cikgu kelas. Habis harta kekayaan negara saya hari 2 kena rampas. “Baik cikgu, kami janji takkan buat lagi”. Insap saya kena ceramah. Kat sekolah saya suka matematik, campur tolak bahagi darab cap ayam je kalau suh saya buat. 4 tambah 5? Jawapannya 9….. 1 darab 4? Saya tahu jawapannya 4….. 6 bahagi 2?, haha kacang mestilah 3….. 1 tolak 1? mestilah 1 jatuh sebab kena tolak.

***
Abah cakap jangan kawan dengan kawan yang salah. Pilih kawan yang baik sebab bila kawan ngan kawan yang baik, kita akan jadi baik, kalau berkawan ngan kawan yang tak senonoh kita pun sama macam kawan kita tu. Mak cakap, masa dekat rumah baca buku, nanti senang je nak jawab exam. SPM saya pun da tak lama, ari-ari mak  suruh saya baca buku. Sambil duduk boleh baca buku, sambil baring pun boleh baca buku. Kata mak “Kawan mak masa dulu rajin, sekarang dah jadi cikgu, ish rajin dia baca buku, dia baca buku sambil baring alaskan kelapa, bila tertidur tergolek la kelapa, pastu dia sedar dan sambung baca lagi, nampak tak usaha dia nak dapatkan ilmu?” “Nampak mak”.  Saya pun nak buat, baring kat kerusi sambil baca buku beralaskan bantal..kompem tak tergolek leh mimpi indah..hehe

***
Masa remaja ne kena pandai bawa diri, nak kata fikiran dah matang tak juga, baru nak matang sikit. Kadang-kadang rasa gembira dan kadang-kadang sedih. Pesan mak dan abah saya selalu ingat, tapi kadang-kadang saya lupa. Ada yang tak kena dengan saya. Orang cakap masa muda la kita nak beramal, sebelum kita tua. Macam lagu nasyid Raihan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, iaitu, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, dan hidup sebelum mati.

***
Tanggungjawab makin bertambah, saya ada isteri. Anak-anak tanggungjawab dan amanah dari Allah pada saya dan juga isteri. Tanggungjawab saya ialah pada isteri, anak-anak, dan ibu saya. Memberi nafkah pada keluarga merupakan tanggungjawab saya, bermakna tempat kerja juga tanggungjawab saya. Tambahan kalau kerja saya berkaitan dengan masyarakat, kalau saya polis, bomba ke, doktor ke, tanggungjawab saya pada orang ramai yang memerlukan. Keseimbangan perlu, antara dunia dan akhirat. Harap-harap saya dapat memberikan perhatian pada dunia agar memberi cahaya di akhirat kelak.

***
“Mestilah putih, kan atuk dah tua, nanti kalau along dah tua, rambut mesti macam atuk”. Saya dah ada cucu, cucu-cucu pulak sesetengah dah bekerja. Maknanya dah tua sangat dah saya ne. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan nikmat pinjaman nyawa sehingga dapat melihat cucu-cucu membesar. Selama hidup ini banyak kali melupakan Dia. Banyak kali saya jatuh. Kemudian Dia bangunkan semula saya dengan petunjuk-petunjukNya. Di mana masa hidup saya gunakan? Kalau dah ada cucu ne, bak kata orang “kubur kata mari, rumah kata pergi”.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia hanyalah pinjaman semata-mata sebelum berada di alam akhirat yang kekal abadi. Seterusnya jalan yang harus ditempuhi ialah alam kubur, kemudian dibangkitkan di padang Masyar, dan akhir ialah penentuan ke syurga atau neraka.

Wednesday, November 10, 2010

Miss U

Assalamualaikum..Alhamdulillah..syukur dengan nikmat kurnianNya sehingga ke saat ini.
Title mcm jiwang je bunyinya.he. tp bukan ya para pembaca sekalian. title ne merujuk kpda dri si penulis yg nak balik kmpg esok. dimana segala bebanan yg dtanggung slma satu sem telah pun berakhir, dengan itu sy isytiharkan dri sy merdeka..hehe. tp merdeka buat sementara waktu je, sb pasne kena g practical pulak.hehe. rindu dengan sahabat2 terutamanya rkn seperjuangan yg slalu bsama dari mula shga saat ini. bertuah dpt kenal ngan sahabat2 semua. InsyaAllah kita jumpa lagi nt..Amin. rindu dengan brothers yg slalu jumpa malam2 kat blok sebelah.. buat sahabat2 n mereka semua, InsyaAllah ad jodoh kita akan bertemu semula next sem ya. :)

condition: tgn lenguh..sb bowling n kayak..hehe

Saturday, November 6, 2010

Ya aku CINTA ALLAH

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ....... 
  
Mungkin malam JUMAAT? 
  
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? 

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian... 

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 

Ya aku CINTA ALLAH 
  
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 

DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 



Notes: Sesungguhnya ada manusia yang TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 

Sesungguhnya ada manusia yang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN.






sumber asal  Muhammad Azri