Bismillahirrahmanirrahim
Indahnya bila dikurniakan apa yang kita minta..
Terasa begitu besar rahmat pemberianNya kepada setiap yang merasainya..
Adakala apa yang kita minta tidak termakbul sekarang, dan mungkin akan termakbul suatu hari nanti..
Sebaliknya, jika apa yang kita minta, tidak termakbul, ketahuilah setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Ketahuilah, Dia lebih mengetahui tentang sesuatu, dan Dia mengetahui tentang apa yang kita tidak ketahui..
jadi bersabarlah, kerna setiap yang berlaku pasti sudah ditetapkan apa hikmahnya atau apa kebaikan selepasnya..
Adakalanya... doa termakbul dalam masa yang singkat.. Masih tidak terasakah kebesaranNya?? Apabila apa yang di minta tidak sampai satu hari pun sudah dimakbulkan.. Ucapkanlah Alhamdulillah di ketika itu juga.. Itu tanda Dia sayang pada hambaNya..
Baru2 ne..seorang kenalan berpangkat abang.. Dia sudah sembuh dari satu penyakit yang yang agak serius iaitu sakit buah pinggang.. Dia menderita penyakit buah pinggang ne sudah agak lama.. Sehingga mengganggu kesihatan dan dia tidak secergas sebelumnya untuk melaksanakan tugas harian. Dengan kekuasaan Allah, baru2 ne abang 2 telah sembuh dari penyakit buah pinggangnya. Abang 2 seorang yang baik dan dia merupakan seorang bilal. Besar kan rahmat Allah buat hambaNya yang bersabar. Tak dapat saya bygkan apa perasaan abang 2 bila dia telah sembuh dari penyakit buah pinggang yg dialaminya, selain dari melihat wajahnya yang berseri2.
Mari kita fikirkan..
2 comments:
"Adakala apa yang kita minta tidak termakbul sekarang, dan mungkin akan termakbul suatu hari nanti.."
Insylh~ moge-moge....
InsyaAllah anis.. doa byk2, Dia Maha Mendengar.
Post a Comment