Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi..seorang wanita sedang berada di dapur, kelihatan wanita itu sedang duduk di meja makan. Sarapan pagi sudah siap disediakan, dapur kelihatan kemas, dan pinggan mangkuk tersusun rapi. Semua kerja rumah dilakukan selepas sahaja solat subuh. Sedang wanita itu duduk di meja makan, masuk seorang budak lelaki sambil memanggilnya dengan berkata “ibu, ibu sudah siapkah sarapan pagi?”… terkejut wanita itu bila anaknya memanggil namanya, sedangkan ketika itu dia tengah mengelamun agak lama. Sambil tersenyum wanita itu menjawab “sudah siap amin, anak ibu da lapar ya?” Budak lelaki itu duduk di kerusi meja makan sambil memandang tudung saji, kemudian berkata “a’ah ibu” pendek saja jawapan yang diberikan. Wanita itu membuka tudung saji, kelihatan 2 jenis kueh mueh dan semangkuk besar mee goreng serta satu jug air teh. Wanita itu menyuruh amin memanggil abang ,kakak dan juga ayah untuk bersama-sama bersarapan dengan dia dan amin. Dengan sekali sahaja ibunya menyuruh, segera amin bangun dari kerusi dan terus pergi mendapatkan abang, kakak dan juga ayahnya. Tidak lama kemudian mereka semua datang ke dapur, wanita itu melihat wajah abang yang baru sahaja bangun tidur, kakak pula sudah siap mandi, nampak ceria wajahnya hendak bersarapan. Suaminya pula masih berkain pelikat datang dalam keadaan ceria sambil memandang wajah anak-anak hasil perkongsiannya dengan wanita itu. mereka semua pun duduk di meja makan. Kemudian ayah berkata dalam nada bergurau kepada anak-anaknya “sapa yang tak mandi lagi pagi ne? tak boleh makan sama-sama”. Abang yang belum mandi terasa dengan pantas menjawab “ayah pun tak mandi lagi, tengok tu masih berkain pelikat”. Kemudian mereka semua ketawa kerana gelagat abang dan ayah. Begitulah suasana keluarga wanita itu ketika makan bersama tidak kira makan pagi, tengahari ataupun malam. Jika semua ahli keluarga ada di rumah, mereka pasti akan makan bersama-sama. Lagi-lagi pula hari minggu dan ketika cuti sekolah.
Sebagai isteri dan ibu, wanita itu tidak pernah merasa lelah dalam melakukan kerja rumah setiap hari. Wanita itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menyediakan makan dan minum untuk suami dan anak-anak. Setiap waktu, makanan pasti disiapkan tepat pada waktunya. Tidak pernah sekali pun suami dan anak-anak terlewat untuk makan sama ada pagi, tengahari mahupun makan malam.
Pakaian suami pula pasti di gosok sebelum suami pergi bekerja, bagi wanita itu memang tanggungjawabnya untuk menjaga pakai suaminya supaya sentiasa kemas dan tidak perlu suaminya menggosok baju sendiri untuk pergi bekerja. Wanita itu mahu memastikan suaminya sentiasa dalam keadaan bersedia sebelum pergi bekerja. Wanita itu memahami tugas suami yang setiap hari keluar menjalankan tugas untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga, untuk anak-anak.
Kesemua anak-anak yang masih bersekolah tidak pernah wanita itu lupa, setiap pakaian sekolah di gosok dan belanja sekolah anak-anak diberikan sebelum anak-anak pergi ke sekolah. Pesan wanita itu kepada anak-anak setiap kali mereka hendak keluar rumah ke sekolah agar belajar bersungguh-sungguh supaya nanti boleh menjadi orang berjaya dan pesannya lagi agar anak-anaknya menjaga diri baik-baik. Wanita itu pasti akan berkata “ibu sayang kamu” kepada anak-anaknya sebelum mereka keluar rumah ke sekolah atau keluar bermain. Dan ketika anak-anak di sekolah, wanita itu sentiasa memikirkan tentang anak-anaknya sehinggalah anak-anaknya pulang dari sekolah.
Di dalam doa wanita itu setiap kali selesai solat ialah untuk suami dan anak-anaknya. Wanita itu selalu mendoakan kebahagian keluarganya dan mendoakan kesihatan suami dan juga anak-anaknya serta dipanjangkan umur suami dan anak-anaknya. Dalam hati wanita itu mahu keluarganya sentiasa berada di bawah Rahmat illahi dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. Wanita itu selalu mendoakan agar anak-anaknya menjadi anak-anak yang baik dan taat pada agama. Harapan wanita itu agar anak-anaknya boleh menjadi manusia yang berguna pada agama dan masyarakat suatu masa nanti.
Sesekali sakit dan demam datang menguji wanita itu. Tapi dia cekal dan teguh menjadi pekerja yang setia menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah kepadanya di rumah. Biarpun sesekali pening kepala datang, makan minum dan pakaian suami dan anak-anak tetap dijaga dengan baik. Biarpun kadang-kadang anak-anak banyak menguji tambahan ketika dia demam, namun dia tetap bersabar dan tetap meneruskan tugasnya sebagai suri rumah sepenuh masa. Baginya amanah yang diberikan lebih besar dari dirinya, sebab dirinya yang demam dan sakit boleh sembuh, tetapi kalau amanah dan tanggungjawab yang diberikan tidak dijalankan dengan baik, dia sudah melanggar amanah yang diberikan padanya.
Wanita itu seorang isteri dan ibu.. setiap manusia dilahirkan oleh ibu. Termasuklah kita, kita dilahirkan oleh insan agung ini, dalam hidup kita tidak ada 2 atau 3 insan agung yang melahirkan kita. Tetapi hanya seorang manusia yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan kemudian melahirkan kita iaitu ibu kita. Ya Allah, syukur kita ada seorang ibu yang pernah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dalam keadaan yang kadang-kadang menyakitkan. Tetapi ibu tidak kisah sakit yang ibu hadapi ketika mengandungkan anak ibu, yang penting ibu dapat melihat anak ibu lahir dalam keadaan yang baik dan membesar dengan sihat. Seperti yang kita tahu, Nabi Adam dan Hawa tidak mempunyai ibu dan ayah. Nabi Adam dijadikan daripada tanah manakala Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Nabi Adam. Merekalah manusia pertama yang diciptakan Allah, dan dari merekalah wujudnya manusia-manusia pada hari ini.
Dari kisah di atas kita dapat lihat betapa besar jasa dan pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kewajipan bagi kita semua untuk mentaati ibu dan bapa kita kerana tidak masuk syurga bagi anak-anak yang menderhakai ibu dan bapa. Sebagai anak lelaki tanggungjawab kita adalah kepada ibu kita yang paling utama. Bagi lelaki yang sudah berkahwin, mesti mendahulukan ibunya daripada isterinya.
Sementara ibu kita masih ada di dunia ini, ingatilah dia dimana jasa dan pengorbanannya yang cukup besar untuk membesar dan mendidik kita. Tanpa ibu mungkin hidup kita terabai tanpa kasih sayang dari seorang ibu. Begitulah juga kepada bapa yang mana banyak berkorban demi menyiapkan anak-anak dari segi perbelanjaan, pakaian, kasih sayang dan sebagainya.
Beruntunglah wanita yang menjaga kemaluannya, menjaga solat, berpuasa di bulan Ramadan dan taat pada suami kerana ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi. Dia boleh pilih mana-mana pintu yang dia suka untuk masuk ke syurga.
3 comments:
ibu telah tiada :(
i love u mama...
Alhamdulillah..
tulip chantek : sedekahkan al fatihah serta ayat suci al-quran buatnya.. InsyaALLAH akan berjumpa di akhirat yang kekal nanti.. Dunia hanya sementara.. Tempat persinggahan cuma.. :)
ALhamdulillah
betul 2, bykan sedekahkan untuknya. bykan berdoa juga untuknya. berdoa juga supaya tulip chantek sentiasa dilindungiNya dri fitnah syaitan.
Post a Comment