Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Tuesday, January 4, 2011

Kami saudaramu


Tanah mereka dirampas, hak mereka atas Negara mereka dinafikan, dahulunya tanah palestin luas tetapi kini sebahagian besar tanah mereka telah dirampas oleh bangsa yahudi atas kepentingan Negara orang-orang yahudi iaitu Israel.



Keperluan asas tidak mencukupi kerana Israel membina tembok pemisah antara kawasan penempatan yahudi dan palestin. Sedangkan tanah yang didiami bangsa yahudi ini merupakan tanah milik orang-orang palestin.



Sikap biadap yahudi membuatkan orang-orang palestin bangkit menentang rejim zionis ini. Mereka berani mempetaruhkan nyawa mereka. Mereka membalas dengan menggunakan batu, dan perisai mereka ialah tubuh badan mereka sendiri. Mereka cintakan tanah air mereka.



Berang dengan sikap orang-orang palestin yang menentang rejim zionis, rejim zionis menggunakan kekuatan tentera dan kelengkapan jentera perang seperti kereta kebal lalu membedil kawasan palestin. Sasaran utama rejim zionis ialah penempatan awam orang-orang palestin.



Tidak cukup dengan jentera darat, rejim zionis juga menggunakan khidmat jet pejuang untuk mengebom kawasan orang-orang palestin. Dakwaan mereka kawasan penempatan orang-orang palestin merupakan kawasan pejuang-pejuang Hamas. Itu hanya tipu muslihat mereka untuk mengaburi mata dunia.



Apakah nasib mereka setiap kali kawasan mereka dibedil? Kita yang berada di Malaysia selalu digemparkan dengan kejadian-kejadian seperti ini. Kita dapat melihat di televisyen. Negara-negara Arab hanya melihat jiran mereka tanpa menghulurkan bantuan malah ada yang bersengkokol dengan kafir.



Mangsanya ialah orang-orang awam. Sudah terlalu ramai yang terkorban dan jika terselamat mungkin mereka hanya dapat hidup tanpa anggota atau buta atau lumpuh dan sebagainya.



Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Negara mereka. Tapi bagi mereka yang paling utama ialah mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Masjid yang suatu ketika dahulu pernah menjadi Kiblat yang pertama bagi umat Islam ketika itu. Masjid yang dianggap suci dan menjanjikan Pahala yang besar bagi sesiapa yang solat di sana.

Besar jasa dan pengorbanan mereka demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Tapi apa yang telah kita lakukan demi Masjid Al-Aqsa. Sudah puas orang-orang palestin berjuang, tapi kita hanya memandang dengan penuh sayu dan prihatin. Apa sumbangan kita? Adakah kita pernah melontar batu-batu kearah askar dan kereta kebal rejim zionis?

Kita juga sayangkan orang-orang palestin kerana mereka saudara kita. Kita sayang Masjid Al-Aqsa kerana ia merupakan masjid yang suci bagi umat Islam.

Mungkin kita tidak berjuang di sana bersama mereka. Tapi masih ada yang boleh kita lakukan buat meringankan dan membantu mereka yang sangat menderita. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana kesengsaraan yang dihadapi mereka kerana kita tidak mengalaminya.

Sumbangan dari kita mampu meringankan beban mereka di sana, mereka sakit, mereka memerlukan, mereka kebuluran, mereka terseksa, bantulah mereka. Jika ada terlihat tabung-tabung bantuan Gaza, kita sedia menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.

Kita juga sedia mendoakan mereka, agar mereka kuat dan bersemangat untuk mempertahankan Negara mereka dan juga Masjid Al-Aqsa. Ini yang mampu kita lakukan untuk saudara-saudara kita disana dan juga untuk Masjid Al-Aqsa.

Semoga sumbangan kita yang kecil ini dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas hanya kerana Allah dan kita tahu setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun tidak terlepas dari penglihatanNya.
InsyaAllah. Sebarkan.

Ps : Tabung haluan palestin
No akaun bimb 14-023-01-0034229-2
Maybank: 5644 9020 8528
www.haluanpalestin.org

9 comments:

Nur Fannun said...

begitu la jika umat islam terus ditmpa pykit wa'han.

KEAJAIBAN PETA DUNIA

anep said...

ya betul. kalau ada sifat wa'han dlm diri, manusia tidak sedar, tidak takut akan hari akhirat. orang islam ramainya seperti buih2 dilautan. ingatan untuk sy.

IsmiWani said...

wa'han tu amende?dah mcm nm makanan...yg gambo2 tu ko lukis jugak ke anip?

IsmiWani said...

wa'han tu amende?dah mcm nm makanan...yg gambo2 tu ko lukis jugak ke anip?

anep said...

wahan ne penyakit cintakan dunia dan takut mati. sb Nabi s.a.w. ada bersabda yg suatu msa, org islam ramai sperti buih di waktu banjir, tpi musuh islam tidak gentar pada org islam. a'ah lukis pakai paint.

Diari seorang Muslim said...

semoga palestin bebas dari jajahan rejim zionis ini..insyallah...amin

anep said...

amin. tpi x tahu bila tibanya waktu tu.

FH said...

dunia akhir zaman.

anep said...

betul 2. bumi Palestin yang manusia di sana sentiasa berjihad. hebat kan orang di sana.