Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Monday, January 24, 2011

Banyak mana air mataku


untukMU
hanya keranaMU
sesak dadaku keranaMu
setakat manakah takutku padaMu
hanya Engkau yang menilai
air mata atas rahmatMu
terasa bahagia

ps: kartun ini ditiru dari gmbr bayi sebenar, di perolehi dari google image.

Tuesday, January 18, 2011

Adakah manusia tidak akan masuk neraka kerana hari hujan?

Kisah ini sangat menarik, kisah yang boleh memberi pengajaran dan meningkatkan ketaqwaan kita, InsyaAllah. mungkin ada yang pernah membacanya, dan mungkin ada antaranya masih belum membacanya. Hanya untuk perkongsian bersama. Moga-moga kita mendapat sesuatu yang baik dari kisah ini. ini link nya. ^  ^

Sumber syahirul.com
Pencarian Satu Identiti

Monday, January 17, 2011

Dosa mengumpat










ps : Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina.








ps1: kadangkala kita ada mengatakan tentang keburukan orang lain dalam keadaan kita sedar mahupun tidak, perkara ne nampak seolah2 tidak berat, tapi betapa besar kesalahan yang dilalukan jika kita mengatakan tentang keburukan orang lain.
ps2: semoga kita sama2 perbaiki diri kita, InsyaAllah.
ps3: idea asal dari video dari fb.

Saturday, January 8, 2011

Bercakap













ps : manusia kadangkala memang suka bercakap, dan bercakap sesuatu yang sia-sia.
ps2 : semakin banyak kita bercakap, semakin banyak perkataan-perkataan yang tidak berfaedah akan terkeluar dari mulut kita.
ps3 : kalau bercakap sesuatu yang baik, tidak menjadi masalah. Itu digalakkan. ^ ^
ps4 : kurangkan gelak. Nabi s.a.w. bersabda "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati"
ps5 : Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.
ps6 : sy pun suka ketawa, cuba perbaiki lagi pasne.he.
ps7: kartun asal dari sebuah komik. sy lupa dah nama komik 2. sb terbaca masa sy kecik2 dulu. ^ ^

Tuesday, January 4, 2011

Kami saudaramu


Tanah mereka dirampas, hak mereka atas Negara mereka dinafikan, dahulunya tanah palestin luas tetapi kini sebahagian besar tanah mereka telah dirampas oleh bangsa yahudi atas kepentingan Negara orang-orang yahudi iaitu Israel.



Keperluan asas tidak mencukupi kerana Israel membina tembok pemisah antara kawasan penempatan yahudi dan palestin. Sedangkan tanah yang didiami bangsa yahudi ini merupakan tanah milik orang-orang palestin.



Sikap biadap yahudi membuatkan orang-orang palestin bangkit menentang rejim zionis ini. Mereka berani mempetaruhkan nyawa mereka. Mereka membalas dengan menggunakan batu, dan perisai mereka ialah tubuh badan mereka sendiri. Mereka cintakan tanah air mereka.



Berang dengan sikap orang-orang palestin yang menentang rejim zionis, rejim zionis menggunakan kekuatan tentera dan kelengkapan jentera perang seperti kereta kebal lalu membedil kawasan palestin. Sasaran utama rejim zionis ialah penempatan awam orang-orang palestin.



Tidak cukup dengan jentera darat, rejim zionis juga menggunakan khidmat jet pejuang untuk mengebom kawasan orang-orang palestin. Dakwaan mereka kawasan penempatan orang-orang palestin merupakan kawasan pejuang-pejuang Hamas. Itu hanya tipu muslihat mereka untuk mengaburi mata dunia.



Apakah nasib mereka setiap kali kawasan mereka dibedil? Kita yang berada di Malaysia selalu digemparkan dengan kejadian-kejadian seperti ini. Kita dapat melihat di televisyen. Negara-negara Arab hanya melihat jiran mereka tanpa menghulurkan bantuan malah ada yang bersengkokol dengan kafir.



Mangsanya ialah orang-orang awam. Sudah terlalu ramai yang terkorban dan jika terselamat mungkin mereka hanya dapat hidup tanpa anggota atau buta atau lumpuh dan sebagainya.



Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Negara mereka. Tapi bagi mereka yang paling utama ialah mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Masjid yang suatu ketika dahulu pernah menjadi Kiblat yang pertama bagi umat Islam ketika itu. Masjid yang dianggap suci dan menjanjikan Pahala yang besar bagi sesiapa yang solat di sana.

Besar jasa dan pengorbanan mereka demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Tapi apa yang telah kita lakukan demi Masjid Al-Aqsa. Sudah puas orang-orang palestin berjuang, tapi kita hanya memandang dengan penuh sayu dan prihatin. Apa sumbangan kita? Adakah kita pernah melontar batu-batu kearah askar dan kereta kebal rejim zionis?

Kita juga sayangkan orang-orang palestin kerana mereka saudara kita. Kita sayang Masjid Al-Aqsa kerana ia merupakan masjid yang suci bagi umat Islam.

Mungkin kita tidak berjuang di sana bersama mereka. Tapi masih ada yang boleh kita lakukan buat meringankan dan membantu mereka yang sangat menderita. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana kesengsaraan yang dihadapi mereka kerana kita tidak mengalaminya.

Sumbangan dari kita mampu meringankan beban mereka di sana, mereka sakit, mereka memerlukan, mereka kebuluran, mereka terseksa, bantulah mereka. Jika ada terlihat tabung-tabung bantuan Gaza, kita sedia menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka.

Kita juga sedia mendoakan mereka, agar mereka kuat dan bersemangat untuk mempertahankan Negara mereka dan juga Masjid Al-Aqsa. Ini yang mampu kita lakukan untuk saudara-saudara kita disana dan juga untuk Masjid Al-Aqsa.

Semoga sumbangan kita yang kecil ini dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas hanya kerana Allah dan kita tahu setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun tidak terlepas dari penglihatanNya.
InsyaAllah. Sebarkan.

Ps : Tabung haluan palestin
No akaun bimb 14-023-01-0034229-2
Maybank: 5644 9020 8528
www.haluanpalestin.org

Sunday, January 2, 2011

Mengeluh dan Merungut

Mengeluh



Merungut


ps : kadangkala tanpa kita sedari kita ada mengeluh dan merungut, dan pastu baru kita teringat, kalau da teringat cepat2 beristighfar.
ps1 : setiap yang terjadi adalah ketentuan Allah sebagai pentadbir alam.
ps2 : jika berlaku bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya, mungkin itu takdirNya atau merupakan kesan daripada pembangunan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.