Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Monday, October 18, 2010

Rukun Islam dan Rukun Iman

RUKUN ISLAM

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
 "aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu pesuruhNya" Dengan syahdatain, kira mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu pesuruhNya.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahnyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari Lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.

BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t.

MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah ALLAH dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.


RUKUN IMAN

Ertinya bagi meningkatkan batas KEIMANAN serta keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan.

PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain ALLAH s.w.t.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah ALLAH. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh ALLAH dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan.

PERCAYA KEPADA KITAB KITAB
Dengan beriman kepada kitab kitab suci, kita mempercayai adanya kitab kitab ALLAH yang memimpim manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan kitab AL-QURAN.

PERCAYA KEPADA NABI NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh ALLah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi MUHAMMAD s.a.w.

PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan Iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ad lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia samada di syurga atau neraka.

PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, ALLAH telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.

No comments: