Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Sunday, October 17, 2010

solat fardhu kewajipan kita

Assalamualaikum semua. alhamdulillah pg ne sempat lagi aku update blog aku, syukur ad ruang yang dikurnian Tuhan untuk menulis pagi ne. tajuk solat fardhu kewajipan kita, tajuk ne bgi stiap muslimin dan muslimat, blum baca pun mesti kita da tau, solat itu wajib, tp adkah kita telah menunaikannya. bg seorang muslim, berdosa besar jika kita sengaja meninggalkan solat fardhu. solat merupakan tiang agama, wajib kita tunaikan 5 waktu sehari semalam. kecuali ad sebab yang membolehkan kita meninggalkanya, terutama bagi perempuan yang haid dan nifas. kanak2 yang belum baligh juga tidak diwajibkan solat keatasnya. kadangkala, hati rasa sedih bila tengok kawan2 x menunaikan kewajipan solat fardhu, terasa tggjwab pada dri ini untuk mengajak kawan2 solat, kerna mmg sepatutnya sbg umat islam mengajak ke arah kebaikan. harap kawan2 yang baca tulisan ini, sedar akan kewajipan solat fardhu pada kita. maaf, xda niat lain sprti nak menunjuk2, tp hati ini ikhlas untuk menyampaikan pada semua yang membaca. semoga kita sama2 mendapat manfaat dri kisah yang aku nak paparkan di bawah. kisah ini aku baca dari halaqah, Islam untuk semua. aku copy paste.hehe

Kisah Org Yang Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.


Yang ini aku amek dari Tokera(penulis forum) yang mana dia perolehi dari Penulis Asal iaitu Rashid Ar-Rashid diterjemahkan dan dialih bahasakan oleh Abdullah Al-Qari Bin Hj. Salleh Terbitan Al-Hidayah Enterprise 

Hadith dan Al-Quran

U`baadah B. Ash-Shaamit r.a pernah berkata:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah memesaniku 7 perkara. Maka beliau bersabda:

Janganlah kamu menyekutui Allah dengan sesuatu sekalipun engkau dibunuh,dibakar atau dipalang dan janganlah kamu meninggalkan sembahyang secara sengaja.Siapa yang meninggalkannya secara sengaja maka sesungguhnya telah terkeluarlah dia daripada Agama(Islam).

Hadith Riwayat At-Tabaraani dan Muhammad B. Nashr.

Menurut Al-Mundziri Hasan:
Allah Ta`ala telah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh hartabenda kamu dan jangan (pula) oleh anak-pinak kamu dari mengingati Allah (bersembahyang) dan siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[Al-Munaafiquun Ayat 9].


Kelebihan Memelihara Sembahyang

Terdapat dalam kenyataan Al-Hadith mengenai kebaikan yang diperolehi oleh orang yang memeliharakan sembahyang:

Bahawa siapa yang memeliharakan sembahyang dia akan dimuliakan Allah dengan 5 keperihalan iaitu:

1-Allah akan mengangkatnya dari kesempitan hidup.
2-Allah akan melepaskannya dari seksaan kubur
3-Allah akan memberikan Kitab'Amalannya dengan sebelah kana(Amalan Bahagia)
4-Allah akan menjadikan dia akan melalui Shiraat seperti Buraq.
5-Dan Allah akan memasukkannya ke Syurga tanpa Hisab (Pengiraan Amalan >>mudah sekali). Amin.



Balasan kepada Peninggal Sembahyang.

Seterusnya mengenai orang yang meringankan kewajipan sembahyang terdapat kenyataan dalam Al-Hadith sebagai berikut:

Dan siapa yang meringan-ringankan sembahyang, Allah akan mempengapakannya dengan 15 akibat iaitu:

-6 akibat semasa di dunia
-3 akibat di kala mati
-3 akibat dalam kubur
-3 akibat lagi di kala keluar dari kubur.

Adapun 6 akibat yang ditimpakan di dunia:

1-Allah akan mencabut keberkatan pada umurnya.
2-Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang-orang yang soleh daripada airmukanya.
3-Setiap amalannya tidaklah diganjari Allah melainkan sehingga dia mengqadha'kan semua sembahyang yg terluput.
4-Allah tidak akan mengangkatkan permohonannya ke langit (doanya tidak diperkenan).
5-Orang ramai akan memarahinya semasa hidup di dunia.
6-Tiada lah dia akan memperolehi keberkatan doa orang-orang yang soleh.

3 akibat di kala mati:

1-Dia akan mati secara terhina
2-Dia akan mati secara lapar
3-Dia akan mati secara dahaga,meskipun dia diberi minum dengan seluruh air di lautan dunia nescaya tidaklah akan memuaskan dahaganya.

3 akibat di dalam kubur.

1-Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya menjadi berselisih.
2-Di atas kuburnya akan dinyalakan api yang baranya melompat (berjangkit) di waktu malam dan siang.
3-Dia akan diseksakan dalam kuburnya oleh ular yang dinamakan Asy-Syujaa` Al-Aqra di mana dua mata ular itu daripada api dan kuku-kukunya drp besi manakala panjang kukunya adalah sehari perjalanan.
Maka ular itu akan berkata,"Akulah Asy-Syujaa Al-Aqra` sedang suaranya seperti guruh yang menggegarkan dan dia akan berkata kepada si mati:
"Saya diarah tuhan saya untuk memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Zuhur dari waktu Zuhur sehingga masuknya waktu Asar;Dan saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Asar dari waktu Asar sehingga masuknya waktu Maghrib;Seterusnya Saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan sembahyang Isyak dari waktu Isyak sehingga masuknya waktu Fajar."
Maka setiap kali dia memukulnya satu pukulan akan terbenam ranaplah dia ke dalam bumi sejauh 70 hasta maka dia akan memasukkan kuku-kukunya ke bawah bumi dan dia akan mengeluarkannya semula, maka sentiasalah dia di bumi secara diseksakan sehingga Hari Kiamat.

Nauzubillah hi min zaalika.

3 akibat lagi semasa di Hari Kiamat:

1-Dia akan diseksakan Allah dengan cara dihelakan mukanya ke Neraka Jahannam.
2-Allah Ta`ala akan memandangnya dengan pandangan marah sewaktu dia dihisabkan maka akan gugurlah daging-daging mukanya.
3-Allah akan menghitungkan amalannya dengan hitungan (pengiraan,hisab) yang berat dan Allah akan mengeluarkan perintah membawanya ke Neraka sedangkan dia adalah seburuk-buruk tempat tinggal.


HUKUM Pada PENINGGAL SEMBAHYANG.

Perbuatan salah laku tanpa bersembahyang sehingga terlepas dari waktu yang diperuntukkan baginya (di mana dia mestilah ditunaikan dalam tempoh itu juga) tanpa uzur Syar`i adalah merupakan SEBESAR-BESAR DOSA BESAR yang membinasakan.


kawan2, sembahyang itu kewajipan kita. timbulkanlah rasa takut untuk meninggalkan solat, kerna balasannya amat pedih, sesungguhnya Allah tdk pernah lupa akan ap yang telah kita lakukan. semoga diri ini juga sama sedar dan cuba memperbaiki lagi. insyaAllah, semoga ap yang aku smpaikan ini mampu mengubah kita untuk kearah yang lebih baik.


Kerana itu, Jauhilah anda dari meninggalkan sembahyang.Seandainya kita berbuat demikian maka sesungguhnya kita akan terbinasa bersama-sama orang yang binasa dan rugilah kita di dunia dan di Akhirat sedangkan yang demikian itu merupakan suatu kerugian yang amat besar.
(Al-khusraan al-mubiin).

sekian dulu, semoga tulisan ini akan mendatangkan kebaikan kpda kita semua di dunia dan di akhirat. maaf jika ad salah dan silap sepnjang entry ini, jika ad yang menguris hati, minta maaf sgt2. mana2 yang salah aku alu2kan untuk tiggalkan komen. semoga kita sama2 belajar. insyaAllah.

ap yang baik itu dtang dari Allah, ap yang lemah dan kurang itu dtg dari diri ini.
insyaallah akan menulis lagi nanti nt, doakan ya.
assalamualaikum.

2 comments:

Cik Tulip said...

syukran...untuk peringatan...

Hanif Zainal said...

sama2. InsyaAllah..(^ ^)