Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

Tuesday, November 30, 2010

CINTA

“Abang, temankan  saya ke pasar sekejap boleh, ada barang dapur sikit yang saya nak beli.” Beritahu isteri yang berada di dapur kepada suaminya. Dengan segera suami menjawab “boleh sayang”, ketika itu suami sedang baring di ruang tamu, suami baru sahaja hendak tidur kerana penat tidak hilang lagi selepas balik dari kerja. Tapi demi isterinya, suami turutkan permintaan isteri yang memintanya menghantar ke pasar. Kalau hendak di ikutkan penat badannya mahu saja dia membiarkan panggilan isterinya itu. Mahu saja dia tidur di sofa yang empuk itu. Suami mengenangkan isterinya yang sedang mengandung 7 bulan itu tidak pernah mengabaikan makan minum dan pakainya. Semuanya dilakukan oleh isterinya dengan sebaik-baiknya tanpa perlu di arah olehnya. Setiap kali pulang dari tempat kerja si isteri pasti menyambut kepulangan si suami dengan senyuman dan dengan sendirinya menyediakan air untuk suami tanpa diminta suami. Yang lebih mengagumkan suami, isterinya yang sedang mengandung anak sulong mereka ini membancuh air teh dan kadang kala air oren. Bukan air kosong yang diberikan kepada suaminya. Setiap apa yang di minta oleh suami pasti diturutkan sahaja oleh isteri tanpa sebarang bantahan, begitu juga dengan suami yang sentiasa memenuhi permintaan isterinya.

Apakah yang mendorong mereka saling memenuhi permintaan tidak kira suami yang meminta mahupun isteri yang meminta? Apa yang menyebabkan si isteri ringan menyediakan pakai makan dan minum suami? Pendorong mereka ialah CINTA. CINTA mereka kepada Allah yang diletakkan teratas dalam diri masing-masing.

CINTA ini menjadikan segala tanggungjawab dilaksanakan dengan rasa tenang dan terasa ringan malah setiap yang dilakukan terasa begitu manis sekali. Begitulah rumah tangga yang didasarkan kepada CINTA yang hakiki. Suami menganggap isteri sebagai satu anugerah Allah kepadanya dan merupakan amanah yang besar baginya. Manakala isteri tahu tanggungjawabnya pada suami di mana dia mesti taat dan patuh pada suaminya. Cinta kepada Allah menjadikan mereka percaya segala ketentuanNya termasuklah dengan jodoh ini. Mereka percaya Allah telah menemukan mereka sebagai suami dan isteri, dan mereka di pertemukan kerana mereka adalah pasangan yang paling sesuai. Tidak ada lelaki lain yang lebih baik untuk si isteri dan tidak ada perempuan lain yang lebih baik untuk si suami, melainkan apa yang mereka miliki sekarang.

Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita. Semoga dengan pegangngan CINTA ini kita melaksanakan segala kewajipan kita sebagai hamba dengan sepenuh hati dan perasaan kita, dengan rasa senang dan ringan untuk melaksanakannya. Dengan perasaan CINTA ini, kita harapkan kita tidak terus terlupa untuk mengingati DIA. Kerana CINTA ini jugalah, kita mampu melaksanakan segala tuntutanNya dan menjauhi segala laranganNya. Pasti terbentuk pagar yang mengelakkan kita daripada terkeluar dari kawasan yang sepatutnya kita diami. Kawasan yang kita diami, iaitu Islam yang sejati, menjadi muslim yang asli. InsyaAllah.

2 comments:

Aanis Alexis said...

like dis!


p/s:bkn men sdp lg lagu....... huhuu~

Hanif Zainal said...

syukur.. anis..lagu x bermain ke??